Ini dia resepi mihun sup ayam style Cina yang sedap dan menyelerakan yang dikongsi oleh seorang wanita yang dikenali dengan nama Zurina Zukefli di laman facebook MAHN.
Menurutnya resepi ini tidak menggunakan sebarang perencah atau kiub pati ayam pun. Sangat mudah tetapi hanya perlu sedikit masa dan kesabaran.
Tetapi tak mengapa kan? Asalkan mihun sup ayam style Cina yang dimasak ini sedap dan menyelerakan!
Resepi Mihun Sup Ayam Style Cina
BAHAN-BAHAN:
- 5 ketul daging ayam – bahagian isi bertulang
- 1 biji bawang besar kuning
- 1 biji bawang besar merah
- 3 ulas bawang putih
- 3 hirisan halia
- 1 bunjut sup tulang
- Air secukupnya dan garam
Bahan lain yang perlu disediakan:
- Bihun – direbus sehingga lembut, kemudian ditos
- Minyak bawang -1 labu bawang putih, dicincang halus kemudian digoreng bersama minyak bunga matahari/minyak masak biasa. Letakkan secubit garam halus dan goreng sehingga bawang putih berwarna keemasan.
- Hirisan daun bawang
- Cili potong bersama kicap cair
- Cuka makan sekiranya perlu untuk rasa masam
CARA PENYEDIAAN:
- Mula² rebuskan air bersama semua bawang dan halia sehingga mendidih
- Masukkan bunjut sup tulang dan biarkan mendidih lagi 3 minit
- Kemudian, kecilkan suhu api dan barulah masukkan ayam. Tutup periuk dan biarkan sup direneh secara perlahan untuk mendapatkan pati dan minyak dari ayam td (20-30 minit masa diperlukan)
- Sambil2 tu boleh la buang buih2 yg timbul dipermukaan sup.
- Bila sup dah siap, boleh perasakan dengan garam.
Hidangan dalam mangkuk:
- Letakkan bihun diikuti sup tanpa bawang, isi ayam yg dipotong, hirisan daun bawang, minyak bawang putih, dan cili potong.
- Boleh juga tambah sawi pak choi untuk rasa yg lebih berkhasiat
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Zurina Zukefli