Ini dia resepi lengkap dan ringkas Chocolate Heaven Muffin yang penuh rasa coklat. Mesti anak-anak suka makan muffin yang bercoklat macam ni. Jadi tunggu apa lagi, boleh sediakan untuk anak-anak anda sebab ianya memang sedap. Bukan sahaja sedap malah sangat mudah untuk disediakan. Bahan yang digunakan juga bahan yang mudah didapati. Jadi jom kita ikuti resepi yang dikongsi oleh seorang wanita di laman facebook MAHN di bawah ini. Resepi beliau dikongsi hampir 10k setakat artikel ini ditulis.
Ini Resepi Lengkap ‘Chocolate Heaven Muffin’ Yang Mendapat Perkongsian Hampir 10K, Patut Pun Viral Sebab Sedap!
BAHAN-BAHAN:
Bahan A
- 2 Biji telur
- 100gm minyak jagung
- 150gm gula perang
- 130gm susu segar
- Esen vanilla
Bahan B
- 200gm Tepung gandum
- 1sdt Baking powder
- 1sb Serbuk Koko
- Choclate chip
CARA PENYEDIAAN:
- Campurkan kesemua Bahan A. Gaul dengan menggunakan whisk sehingga gula larut.
-
Masukkan Bahan B Gaul sehingga rata jangan terlalu lama.
- Masukkan sedikit Chocolate Chip dan selebihnya letak di atas muffin.
- Sendukkan 3/4 ke dalam muffin cup, taburkan Chocolate Chip mengikut citarasa anda.
- Bakar dengan suhu 200C selama 30 minit atau sehingga masak mengikut jenis oven masing-masing.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Fainda Farahin Via MAHN
Baca juga: Cara Buat Banana Almond Flour Chocolate Bread Yang Sedap & Mudah. Kisar Je Tak Perlu Guna Mixer