Sejak COVID-19 melanda dunia pada awal tahun 2020. Ramai orang yang terkesan dengan pandemik ini. Ada yang terpaksa berhenti kerja. Ada yang kerja mewah dan stabil tetapi terpaksa berhenti. Ada yang sedang belajar tetapi terpaksa berhenti seketika dan menjadi food rider. Seperti kisah yang di kongsi oleh seorang wanita di laman facebook MATJHI.
Walaupun hujan remaja lelaki ini tetap gigih mencari rezeki. Menurut Saidila Abdul Rahman yang berkongsi cerita ini, remaja lelaki ini tengah belajar di Melaka tetapi terpaksa balik. Jadi sementara itu dia bekerja menjadi rider dengan Saya Juara.
“Gigihnyalah kau dik!” itulah ayat yang keluar dari seorang wanita yang berkongsi kisah seorang remaja lelaki yang menjual frozen food dengan menaiki motosikal ini. Adik ini menjual frozen food seperti lokcing, karipap daging, karipap ayam, keropok lekor dan lain-lain lagi.
Petang tadi ….kesian pulak nampak budak ni kehulu kehilir naik motor dalam hujan. Terus tahan tanya jual apa.
Rupanya memang dia punya kerja kena masuk2 kampung2 pergi taman perumahan untuk jual frozen food.
Gigihnyalah kau dik , hujan2 pun redah demi mencari rezeki. Katanya tengah belajar kat Melaka tapi hari tu kena balik. Jadi sementara tu dia kerja jadi rider dengan Saya Juara.
Kita kalau jumpa anak2 muda camni bawa motor jual apa2 tu supportlah sikit yer gais. Kalau tak nak cakap jer elok2 kita belum nak.
Jangan halau2 dan cakap kasar macam diorang tu takder maruah.
Sebagai tanda support aku pun belilah sepeket dua. Ada pulak lokcing yang memang susah nak dapat.
Boleh buat stok minum petang. ?
*next time boleh beli lain pulak
Updet : Atas permintaan min kongsi dengan semua nombor yang boleh dihubungi untuk tahu apa yang diorang jual dan kawasan yang diorang cover. Boleh order dan minta hantar ke rumah juga.
http://www.wasap.my/601164552459/frozenfoodsayajuara
Setakat ni cover area Lembah Klang sahaja, kalau dekat dalam 10 minit boleh free delivery, kalau jauh ada caj ikut jarak
– Saidila Abdul Rahman
Perkongsian yang agak menyentuh hati ini mendapat komen yang murni daripada para netizen. Rata-rata netizen mendoakan yang baik-baik buat remaja lelaki ini.
Betapa sukarnya nak mencari sesuap nasi waktu sekarang kan? Sehinggakan masing-masing rela berpanas hujan. Takpe, teruskan berusaha. Allah tahu usaha kita dan pasti Allah bagi yang terbaik untuk kita. Semoga Allah murahkan rezeki kita semua.
Kredit : Saidila Abdul Rahman Via MATJHI