Pulut kuning merupakan hidangan istimewa bagi orang Melayu. Pulut ini dimasak dengan sedikit serbuk kunyit atau pewarna bagi menghasilkan warnanya yang kuning itu.
Kebiasaanya pulut kuning ini dihidangkan bersama-sama dengan rendang ayam atau daging, serunding dan gulai ikan atau ayam.
Pulut kuning ini juga sering dijadikan pulut semangat untuk apa-apa majlis seperti majlis perkhawinan dan kenduri kesyukuran. Untuk raya pun boleh tau!
Sebenarnya tak semua pandai menyediakan pulut kuning ini, kalau anda nak cuba buat. Anda boleh rujuk resepi pulut kuning kelantan yang dikongsi oleh seorang wanita di laman facebook ini.
Resepi pulut kuning kelantan ini memang secukup rasa sebab ada manis, masin dan lemak. Memang betul-betul sedap tau!
Mudah sahaja kan nak buat pulut kuning ini? Kalau biasanya beli dekat kedai tidak cukup, apa kata buat sendiri sahaja di rumah. Puas hati punya. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita cuba buat sekarang!
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Ismi Aishah Via MAHN, Azie Kitchen, Cik Wan Kitchen
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resepi Pulut Kuning Semudah ABC, Setiap Kali Buat Confirm Licin