Tidak dinafikan, wabak pandemik Covid-19 yang melanda dunia termasuk Malaysia ini memberi kesan yang besar kepada masyarat dunia. Ramai yang telah diberhentikan kerja dan seterusnya hilang sumber pendapatan untuk menyara diri dan terutamanya kepada mereka yang sudah berkeluarga.
Pandemik Covid-19 turut memberi kesan kepada seorang juruterbang yang sangat berpengalaman bersama Malaysia Airlines sejak 2014 dan kemudiannya ditugaskan di Oman pada tahun 2018.
Beliau yang dikenali sebagai Naeem Nassir yang sangat berpengalaman dalam dunia penerbangan dengan pendapatan yang selesa, namun kini beliau terpaksa bertukar kerjaya kepada seorang penjual burger jalanan, gerainya dikenali sebagai Smashed.
Selepas berhenti kerja, beliau rasa beliau perlu membuat sesuatu dan tidak boleh duduk sahaja. Dan selepas itu, bermulalah perjalanan baru beliau sebagai penjual burger jalanan. Baca posting lengkap oleh Naeem Nassir di bawah.
A Smashing Story.
The humble beginnings of Smashed came from the loss of a job. Our founder, Naeem Nassir, is an experienced pilot, working with Malaysia Airlines from 2014-2018, and moving on to Oman Air in 2018.
Unfortunately, due to the pandemic in 2020, millions of people lost their source of income and that includes Naeem. Being jobless and just staying at home, he felt like he couldn’t just sit around feeling helpless.
From hours and hours of watching TV and Youtube, he learnt the magic of grilling and cooking. Craving for the amazing burgers in Oman, he decided to establish Smashed to share high quality burgers at an affordable price.
Thus the journey of Smashed began and cleared for take-off .
Naeem belajar membuat burger dari memonton televisyen dan juga Youtube. Dia belajar cara memanggang dan memasak dengan betul kerana dia menghasilkan burger yang lazat sama seperti di Oman. Dengan sokongan isteri tercinta, maka tertubuhlah jenama Smashed yang menjanjikan burger yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan.
Jika anda berkesempatan, bolehlah singgah ke gerai burger ini di bersebelahan masjid besar di Bukit Jelutong.
Sumber: Naeem Nassir