Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » “Kawan-Kawan Puji Sedap”, Wanita Ini Dedahkan Resepi Mi Hailam Yang Mudah Dan Disukai Ramai

“Kawan-Kawan Puji Sedap”, Wanita Ini Dedahkan Resepi Mi Hailam Yang Mudah Dan Disukai Ramai

Kategori:
resepi mi hailam

Menurut wanita yang berkongsi Mi Hailam yang sedap dan menggiurkan ini, Mi Hailam yang dibuatnya ini sering dipuji oleh kawan-kawannya. Setiap kali Hari Raya pasti beliau akan menyediakan juadah ini seperti apa yang diminta oleh kawan-kawannya.

Dan beliau juga sempat bersedekah Mi Hailam kepada jururawat di wad kanak-kanak Hospital Permaisuri Bainun pada PKP fasa 1 yang lepas. Mereka semua gembira dan kata sedap. Jadi dengan rasa rendah diri, beliau berkongsi resepi ini untuk semua. Sebenatnya nak lebih sedap perlu pakai mi saiz besar tapi kalau tak ada, mi biasa pun boleh. Jadi tunggu apa lagi, tuan badan dah dedahkan resepinya jadi jom kita buat sama-sama!

Cara Buat Mi Hailam Yang Paling Mudah & Menyelerakan!

BAHAN-BAHAN:

  • Bawang besar 1 biji***kisar
  • Cili kering 10 biji***kisar
  • Bawang putih 5 biji***kisar
  • Mi 1 bungkus (dicuci bersih)
  • Cili sos 2 sudu
  • Cili sos tiram 2 sudu
  • Kicap manis
  • Kicap mi 2 sudu
  • Kiub ayam
  • Lada hitam 1 sudu
  • Sayur sawi
  • Air rebusan daging
  • Fish cake
  • Daging (direbus lembut)

CARA PENYEDIAAN:

  1.  Mula-mula rebus daging sampai lembut. Ketepikan. Air rebusan simpan untuk buat kuah
  2. Tumis bahan kisar bertanda ***
  3. Masukkan daging yang dah direbus lembut tadi. Pakai noxxa je gaisss…cepat sikit!
  4. Masukkan fish cake. Tambah air rebusan daging
  5. Masukkan kicap mi, kicap manis kipas udang, sos cili, kiub ayam dan perasa.
  6. Masukkan lada hitam yang ditumbuk hancur. Jangan banyak sangat!!!
  7. Masukkan mi dan sayur sekali gus. Gaul rata sampai mesra. Kalau nak kuah banyak, lebihkan air rebusan tadi. Okay dah siap!

Mudah sahaja kan nak buat Mi Hailam ini? Sangat sesuai dimakan pada bila-bila masa dan di mana jua. Sekali rasa pasti jatuh cinta punya.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Cik Puan Yaya

Baca juga: Buat Sendiri Mi Goreng Style Kedai Mamak. Cara Sangat Mudah Tapi Sedap Kemain!

tags: |