Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Chocolate Burnt Cheesecake Yang Mudah Dan Sedap, First Time Cuba Pun Menjadi! Jom Cuba

Resepi Chocolate Burnt Cheesecake Yang Mudah Dan Sedap, First Time Cuba Pun Menjadi! Jom Cuba

Kategori:
resepi coklat burnt cheesecake

Sebelum ini viral berkenaan dengan Burnt Cheesecake yang sedap dan digemari orang ramai. Tapi sekarang ni viral pula Chocolate Burnt Cheesecake ini. Apa yang membezakan antara kedua-dua jenis kek ini hanyalah satu yang berperisa coklat, satu lagi berperisa original cheese. Kedua-dua kek ini memang sangat sedap. Tetapi bagi anda yang kurang gemar akan Burnt Cheesecake, korang bolehlah cuba Chocolate Burnt Cheesecake ini.

Resepi Chocolate Burnt Cheesecake Yang Mudah Dan Sedap, First Time Cuba Pun Menjadi! Jom Cuba

BAHAN-BAHAN:

  • 250 g cream cheese
  • 60 g (saya guna 1/4 cup) caster sugar
  • 2 biji telur + 1 telur kuning
  • 130 g chocolate (saya guna Beryl’s dark compound) – cairkan guna kaedah double-boiled
  • 130 g (saya guna 1/2 cup) whipping cream (dairy)
  • 6 g (2 sudu kecil) corn flour
  • 5 g (2 sudu kecil) cocoa powder

CARA PENYEDIAAN:

  1. Saya guna hand mixer untuk mix semua bahan
  2. Mix cream cheese & caster sugar
  3. Masukkan telur satu persatu
  4. Masukkan coklat yang dicairkan
  5. Masukkan whipping cream
  6. Last sekali masukkan corn flour & cocoa powder
  7. Saya guna airfryer (180c 25 minit). Kalau ikut resepi asal, dia guna oven (220c 25 minit). Boleh rujuk youtube Food Random.

Nota:

  • Resepi ni sesuai untuk 6” (round) cake tin. Lapik guna baking paper.
  • Bahan2 yang dari peti ais, biarkan di luar dulu lebih kurang 1 jam (ini untuk elakkan crack di bahagian atas kek selepas dibakar nanti).
  • Bila dah siap bakar, cool down dulu dalam 1 jam sebelum masuk dalam peti ais. Chill dalam peti ais at least 4-5 jam sebelum makan. Lagi best chill kan semalaman.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit Resepi : Tisya Aman

Kredit Gambar: Fuad Ismail Iskandar

tags: