Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tip Makanan & Dapur » Wanita Ini Kongsi Resepi Jus Penawar Gout Suaminya, Sakit & Bengkak Kaki Dah Berkurang!

Wanita Ini Kongsi Resepi Jus Penawar Gout Suaminya, Sakit & Bengkak Kaki Dah Berkurang!

Kategori:
Jus Penawar Gout

Gout adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh asid urik berlebihan di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing. Namun, bagi penghidap gout, asik urik yang berlebiha tidak dapat dibuang dan berkumpul di dalam sendiri.

Penyakit ini sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingunkan usia antara 30 hingga 60 tahun. Namun, dengan kemajuan perubatan zaman sekarang, penyakit gout sudah boleh dikawal berbanding pada masa dahulu yang boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan.

Penyakit ini boleh dikawal dengan memakan ubat yang diberikan oleh hospital. Namun, tidak ada salahnya juga jika mahu merawat gout dengan menggunakan cara tradisional. Seperti perkongsian oleh Wawa Zain, beliau berkongsikan resepi jus untuk mengurangkan sakit gout suaminya. Terbukti selepas mengamalkannya selama setahun, sakit dan bengkak sudah berkurang. Ikuti perkongsian oleh beliau di bawah.

Wanita Ini Kongsi Resepi Jus Penawar Gout Suaminya, Sakit & Bengkak Kaki Dah Berkurang!

Hari ni saya nak share satu petua bagi sapa2 yang ada gout. Alhamdulillah dah cuba setahun dekat suami saya yang dah lama menderita sakit gout.

Macam2 petua tradisional dah cuba tapi tak jalan last2 terpaksa la makan ubat farmasi, allupurinol untuk turunkan paras asid urik. Goutnor 0.6mg untuk hilangkan rasa sakit. Orang gout memang xleh pisah dengan dua jenis ubat ni kn!

Bahan2 dia mudah saja yang pasti jus yang dihasilkan memang sedap dan inshaallah boleh diminum sebab bau dia wangi saja (tak lekat bau dalam mulut bila minum) dan tak pahit. Isteri pun curi2 minum haha.

Bahan-bahan:

  • 1 biji timun
  • 2 batang saderi@celery
  • 3 hirisan lemon buang biji dulu nanti pahit

Saya masukn semua dalam slow juice maker (beli dalam lazada rm179) untuk hasilkan jus sebenar tanpa perlu tambah air. Atau bagi yang nak guna mesin pengisar.. tambah satu gelas air dan kisar semua bahan dan tapis buang hampas. Saya dapat dua gelas jus.

Minum 2 kali sehari ya. Satu gelas selepas bangun tido (awal pagi) dan satu gelas sebelum nak tido.(malam)

Tips kalu malas macam saya sebab nk kena basuh bekas2 jus jadi buat jus untuk dua hari siap2. Maknanya gandakan bahan diatas kemudian masukn dalam botol kosong. Kena pakai sukatan gelas yang sama supaya kuantiti jus bila nak minum tu seimbang.

Inshallah semoga berkesan untuk anda juga. Kesan dalam Setahun ni rasa sakit dah kurang terutama kat tempat bengkak tu.kemungkinan kristal asid urid di kawasan tulang kaki dah menurun . Berat dia pun turun mungkin sebab amalkan waktu pagi perut kosong dan malam sebelum tido kot jadi jus tu cuci habis dalaman dia hehe. Neelofa pun minum juga jus celery ni sb khasiat dia kn. 

Cuba lah sy halalkan untuk anda kongsi dan sama2 amalkan. Setiap penyakit ada penawarnya, kita cuma berusaha. Bagi yang tiada gout, jaga makan. Jangan terlalu obses dengan makanan laut mcm suami saya hehe makan berpada2 ya.

 

Kredit: Wawa Zain

tags: