Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Indonesian Cuisine: Resepi Bolu Kukus Trio

Indonesian Cuisine: Resepi Bolu Kukus Trio

Kategori: ,

Kuih ini adalah sangat popular dikalangan para baker, kombinasi warna boleh dibuat bermacam-macam, yang penting ia trio. Untuk resepi bulo kukus trio ini perlu menggunakan telur yang baru dan fresh. Berikut adalah resepi untuk membuat resepi bolu kukus trio.

Bahan-Bahannya adalah:

  • 250 gr tepung terigu
  • 200 gr gula pasir
  • 2 butir telur
  • 1 sdt ovalet
  • 200 ml santan
  • garam secukupnya
  • pewarna makanan

Cara-caranya:

  1. Siapkan semua bahan yang diperlukan untuk proses pembuatan kuih bolu kukus trio.
  2. Masukkan telur, gula pasir, ovalet, dan garam.
  3. Aduk bahan-bahan tadi sehingga mengembang dan berwarna putih menggunakan mixer.
  4. Masukkan santan dan juga tepung terigu secara perlahan sedikit demi sedikit, dan aduk menggunakan mixer.
  5. Kemudian, asingkan adunan tersebut kepada 3 bahagian. Masukkan berlainan pewarna makanan ke dalam adunan yang telah dibahagikan sesuai dengan selera anda. Kacau sehingga rata.
  6. Setelah itu, masukkan adunan pertama kedalam acuan cetakan yang sudah disapu dengan marjerin, lalu dikukus lebih kurang selama 3 minit sahaja.
  7. Masukkan adunan untuk lapisan kedua dan dikukus sama seperti lapisan pertama tadi.
  8. Akhir sekali, masukkan adunan untuk lapisan ketiga dan kukus sehingga matang lebih kurang dalam 15 minit.
  9. Keluarkan kuih bolu tersebut dan siap untuk disajikan.

Semoga berjaya dan selamat mencuba.

Tonton video dibawah untuk langkah-langkah penyediaannya:

Kredit resepi Bunda Cinta

 

tags: | | |