Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Jom Buat Sendiri Granola Ni, Sangat Jimat Dan Boleh Adjust Rasa Sesuka Hati!

Jom Buat Sendiri Granola Ni, Sangat Jimat Dan Boleh Adjust Rasa Sesuka Hati!

Kategori:
cara buat granola homemade

Granola merupakan makanan sihat yang sangat sesuai untuk orang yang sedang diet. Granola ini terdiri daripada Oat, buah-buahan kering dan juga kekacang. Ia mengandungi serat yang tinggi dan bermanfaat untuk melancarkan pencernaan, mencegah sembelit, membantu mengawal kadar gula dalam darah dan akan membuatkan kita sentiasa berasa kenyang.

Selain daripada membeli Granola yang sudah siap. Kita juga boleh membuatnya sendiri. Kalau buat sendiri lebih jimat dan kita boleh buat adjust rasa mengikut citarasa kita sendiri. Resepi Granola ini dikongsi oleh Syuhaidah Asmaa Khalid di laman facebook MAHN. Jadi jom kita ikuti perkongsian beliau.

Jom Buat Sendiri Granola Ni, Sangat Jimat Dan Boleh Adjust Rasa Sesuka Hati!

BAHAN-BAHAN:

  • 4 cup rolled oat
  • 1/2 cup madu ( boleh kurangkan kalau taknak manis)
  • 1/2 cup olive oil
  • Kekacang ikut suka ( almond, walnut, sunflower seed, pumpkin seeds)
  • Secubit dua cinnamon
  • Dried cranberries

CARA PENYEDIAAN:

  1. Gaul semua bahan kecuali Cranberry sampai sebati.
  2. Ratakan bahan atas baking pan yang dialas dengan baking sheet.
  3. Bakar selama 30 min dengan suhu 170(ikut oven masing-masing). Flip setiap 8 min supaya masak sekata. (wajib kalau tak nanti dekat atas cepat hangit)
  4. Agak-agak keperangan boleh tutup api.
  5. Apabila sejuk crumple bahan dan campurkan dengan Cranberry. Kemudian simpan dalam bekas bertutup.
  6. Siap. Boleh makan as heakthy snack/breakfast campur susu je.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Syuhaidah Asmaa Khalid

 

tags: