Sejak negara kita berada pada gelombang ketiga Covid-19, kerajaan menggesa rakyatnya agar sentiasa berada di rumah. Keluar hanya bila perlu sahaja. Dan semenjak itu, perkhidmatan penghantaran makanan mendapat permintaan yang tinggi. Mana tidaknya, kalau sudah berada di rumah, memang malas nak keluar kan?
Memandangkan sekarang banyak syarikat yang menyediakan khidmat penghantaran makanan terus ke rumah jadi apa kata kita menggunakan khidmat mereka ini. Tambahan pula di waktu getir seperti sekarang banyak syarikat yang mengadakan promosi. Antaranya ialah GrabFood,
GrabFood kini menawarkan promosi caj penghantaran yang agak luar biasa harganya. Sekiranya anda memilih restoran yang jaraknya kurang dari 1.5 km dari kawasan pesanan dilakukan. Caj yang dikenakan hanyalah sebanyak 50 sen!
Menurut Grab dengan pengenalan harga rendah ini, mereka akan memberikan subsidi kepada penghantar dan juga pengguna. Ini sekaligus membolehkan pengguna terus menikmati makanan di rumah tanpa perlu risau untuk membayar caj yang tinggi.
Jadi tunggu apa lagi jom order dengan GrabFood sekarang!