Seorang kanak-kanak perempuan di Cebu, Filipina mengejutkan orang kampung setelah 42 penghantar makanan tiba di depan rumahnya. Rider FoodPanda itu datang serentak selepas kanak-kanak itu membuat pesanan makanannya.
Rider Foodpanda terbabit juga terkejut apabila mereka terpaksa berbaris untuk menghantar makanan ke alamt rumah yang sama. Lebih mengejutkan lagi apabila semua rider terbabit tiba serentak di kawasan kejiranan yang sempit itu.
Menurut apa yang dikongsikan oleh Dann Kayne Suarez di laman facebook, kanak-kanak perempuan yang berumur 7 tahun ini berada dirumah bersama neneknya.
Manakala kedua ibu bapanya pergi bekerja dan meninggalkan telefon pintar di rumah bagi memudahkan mereka membuat pesanan makanan.
Disebabkan capaian internet yang lemah semasa membuat pesanan, kanak-kanak ini menekan butang pesanan berulang kali dan menyebabkan 42 pesanan di hantar.
Menurut jiran kanak-kanak terbabit iaitu Dann Kayne Suarez, kesemua pesanan tersebut terpaksa di bayar sebanyak 7.938 peso bersamaan dengan RM671. Situasi tersebut menyebabkan kanak-kanak itu ketakutan lalu menangis. Bagaimanpun, makanan tersebut turut dibeli oleh jiran tertangga bagi menolong kanak-kanak itu.
Sumber: Dann Kayne Suarez.