Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Chicken Grill Sos Cendawan Blackpepper, Siap Dengan Coleslow Sebijik Macam KFC!

Cara Buat Chicken Grill Sos Cendawan Blackpepper, Siap Dengan Coleslow Sebijik Macam KFC!

Kategori:
Chicken Grill Sos Cendawan

Kadang-kadang, mesti rasa bosan asyik makan nasi kan? Jadi tak salah jika nak tukar selera pula seperti makanan western pula. Apa kata jom cuba buat Chicken Grill Sos Cendawan Blackpepper ini. Tengok gambar pun dah tahu sedap! Selamat mencuba.

Cara Buat Chicken Grill Sos Cendawan Blackpepper, Siap Dengan Coleslow Sebijik Macam KFC!

Bahan-bahan chicken grill:

  • Ayam
  • Bawang putih 5 ulas tumbuk
  • Lada hitam 1/2 sudu besar tumbuk
  • Sos tiram + chicken chicken stok sauce
  • Sos blackpaper
  • Gula 1/2 sudu besar
  • Madu 1 sudu
  • Garam 1 sudu kecil
  • Spaghetti bolognese herbs dalam 1 sudu besar

Cara-cara:

  1. Campur ke semua bahan dan perap selama 1 jam ke atas.
  2. Selepas diperap, ayam sedia untuk di grill.

Bahan Coleslaw:

  • Coleslaw
  • Kobis hiris dadu
  • Lobak merah sagat halus
  • Mayonis 5 sudu
  • Yogurt 1/2 dari bekas yogurt
  • Lemon sikit
  • Cuka sikit
  • Garam
  • Gula sikit

Cara-cara:

  1. Gaulkan ke semua bahan hingga sebati.
  2. Kemudian masokkan ke dalam bekas yang telah diletakkan kobis dan carrot, gaul sehingga sebati sejukkan dalam 1 jam di dalam peti sejuk dan siap untuk dimakan.

Bahan sos blackpepper:

  • Blackpaper mushroom sauce
  • 1 botol sos preggo mushroom & keju
  • Kicap lemak manis sedikit
  • Bawang putih 5 ulas cincang halus
  • Gula 1/2sudu
  • Sos blackpepper 1/2 sudu
  • Garam sikit
  • Margerin atau planta 1sudu besar
  • Air biasa 1 cawan
  • 1 sudu lada hitam di tumbuk

Cara-cara:

  1. Panaskan kuali, kemudian masukkan plantan. Tumiskan bawang putih yang telah dicincang sehingga kekuningan.
  2. Masukkan sos preggo tadi, gaul sebati kemudian masukkan air. Kacau lagi.
  3. Masukkan kicap lemak manis, sos blackpepper, gula, garam dan lada yang telah ditumbuk.
  4. Kacau sehingga nampak pekat.
  5. Siap untuk dihidangkan di atas ayam.
  6. Selamat mencuba!

Kredit: Tyara Erynna

tags: