Tidak dinafikan, banyak maanfaat dari nasi yang merupakan sumber tenaga, namun kandungan karbohidrat pada nasi sangat perlu diambil berat kerana dapat meningkatkan risiko diabetes dan kenaikan berat badan. Oleh sebab itu, ini 7 makanan pengganti nasi yang boleh diamalkan sebagai alternatif sumber karbohidrat yang lebih sihat.
Ubi keledek sesuai dijadikan sebagai pengganti nasi untuk anda yang sedang berdiet kerana karbohidrat pada ubi mengandungi lebih banyak serat dan sedikit gula berbanding nasi. Ubi keledek juga kaya dengan kandungan provitamin A, vitamin C dan kalium. Ia juga mengandungi antioksidan yang dapat membantu melindungi tubuh dari pelbagai penyakit.
Roti gandum bukan sahaja mempunyai kalori yang rendah malah kaya dengan nutrisi. Roti gandum juga dapat membuangkan anda kenyang lebih lama. Sangat sesuai diamalkan untuk anda yang mahu menurunkan berat badan. Selain itu, ia juga dapat mencegah obesiti yang boleh menyebabkan penyakit diabetes, kardiovaskular dan banyak penyakit lain.
Kalau amalkan epal untuk kurus, memang mampu menurunkan berat badan berkilo-kilo kerana epal hijau ini membekalkan tenaga yang cukup untuk mereka yang sedang berdiet. Epal hijau mengandungi nutrisi yang diperlukan untuk meningkatkan pertahana sistem tubuh. Epal hijau juga kaya dengan vitamin C dan mempunyai khasiat 50% lebih tinggi daripada buah jambu batu.
Brokoli kaya dengan serat yang membantu proses pencernaan supaya tidak cepat rasa lapar. Brokoli juga rendah kalori, 100 gram kalori hanya mengandungi 34 kalori. Ia juga kaya dengan nutrisi yang membantu menurunkan berat badan seperti kandungan kalsium yang boleh mengurangkan produksi sel lemak baru yang merangsang penguraian lemak.
Secara nutrisinya, Rolled Oat sangat membantu untuk menstabilkan kandungan gula dalam darah dan membuatkan anda berasa lebih kenyang untuk waktu yang lebih lama. 1/2 cawan oat mengandungi 190kalori, 3.5g lemak, 32g karbohidrat, 5g fiber, 1g gula dan 7g protein.
Greek yogurt sangat baik dalam mengekalkan sistem penghadaman. Tambahan pula, ia akan mempercepatkan penghadaman yang dapat meningkatkan tenaga dan kadar metabolisma badan yang baik. Ia juga merupakan alternatif yang terbaik bagi mereka yang ingin mengelakkan berlakunya obesiti. Selain itu, ia juga baik untuk mengekalkan berat badan kerana mengandungi kurang lemak dan membantu penyerapan nutrien yang baik.
Pisang juga boleh menggantikan nasi kerana buah ini kaya dengan kandungan karbohidrat. Selain itu, pisang juga kaya dengan kalium, vitamin B6 dan vitamin C yang dipercayai dapat membantu menurunkan tekanan darah dan baik untuk kesihatan jantung.