Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Jangan Lupa Beli Air Kelapa Dekat Sini..” Cara Tengku Hassanal Promosi Gerai Tepi Jalan

“Jangan Lupa Beli Air Kelapa Dekat Sini..” Cara Tengku Hassanal Promosi Gerai Tepi Jalan

Kategori:
tuanku hasanal promosi air kelapa

Semua sudah sedia maklum bahawa Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal merupakan seorang yang sangat berjiwa rakyat, seperti ayahanda dan bondanya. Keluarga diraja ini memang tidak pernah lokek berkongsi aktiviti seharian mereka di laman sosial dalam menyantuni rakyat-rakyat negeri Pahang.

Seperti apa yang dikongsi baginda semalam di akaun Instagram miliknya, di mana baginda mempromosikan air kelapa yang djual oleh seorang lelaki.

Part time job…

Pemangku Raja Pahang yang berumur 25 tahun ini juga turut bergurau dan menyatakan bahawa baginda sedang melakukan part time job di gerai air kelapa.

Perkongsian baginda yang kelihatan sangat santai itu telah mendapat perhatian warganet. Masing-masing meninggalkan pelbagai komen yang menarik di ruangan komen.

Dan dalam masa yang sama mereka memuji tindakan baginda yang kelihatan santai itu sangat berjiwa rakyat apabila duduk di tepu jalan sambil mempromosikan gerai air kelapa tersebut.

Untung rakyat pahang…

Tuanku so humble…

Stay safe tuanku…

 

 

tags: