Siapa yang pernah menaiki penerbangan Malaysia Airlines pasti pernah merasa salted peanuts mereka yang diberikan secara percuma bersama air jus oren. Pasti ramai yang merinduinya bukan? Sebab tidak tahu bila dapat travel lagi.
Terbaharu, MAS telah menjual kacang istimewa syarikat penerbangan tersebut kepada orang ramai. Dengan harga hanya RM15, orang ramai akan mendapat 10 paket salted peanuts dalam kotak yang telah direka khas.
Melalui laman sosial Facebook rasmi mereka, salted peanuts tersebut habis terjual dalam masa 2 jam sahaja. Namun jika anda tidak sempat membelinya, pihak mereka akan restock semula kelak. Pihak mereka turut berterima kasih kepada yang membeli kacang tersebut.
Sumber: Malaysia Airlines