Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Martabak Pandan Homemade ‘Viral’, Guna Teflon Je Tetap Menjadi, Cantik Dan Sedap Sangat!

Resepi Martabak Pandan Homemade ‘Viral’, Guna Teflon Je Tetap Menjadi, Cantik Dan Sedap Sangat!

Kategori:
resepi martabak pandan

Martabak atau juga dikenali dengan apam ini merupakan antara makanan yang sangat terkenal di negara kita dan juga Indonesia. Ia dikategorikan dalam hidangan pencuci mulut. Martabak ini kebiasaan kita boleh dapatkan di pasar malam, pasar tani atau gerai-gerai kecil di tepi Mall atau tepi jalan. Rasanya memang sedap, lebih-lebih lagi kalau yang ada cheese tu.

Resepi Martabak Pandan Homemade ‘Viral’, Guna Teflon Je Tetap Menjadi, Cantik Dan Sedap Sangat!

BAHAN-BAHAN:

Bahan A:

  • 250 gram tepung gandum
  • 45 gram gula pasir
  • 1/2 sdt garam
  • 1/4 sdt esen vanilla
  • 1/2 sdt esen pandan
  • 1 biji telur (sederhana)
  • 250ml air (tuang sedikit demi sedikit)

Bahan B:

  • 1/2 sdt baking soda
  • 1/2 sdt baking powder
  • 50 ml air untuk melarutkan baking powder & baking soda

Bahan C:

  • 1/2 sdm gula pasir untuk tabur
  • Mentega untuk di sapu selepas masak
  • Topping mengikut selera (keju, coklat kacang & krimer kental manis)

CARA PENYEDIAAN:

  1. Campurkan semua bahan A, tuang air sedikit demi sedikit sambil di kacau (kacau terus hingga licin lebih kurang 10 minit). Kacau pakai whisker.
  2. Tutup adunan dengan kain atau plastik wrap, biarkan adunan seketika lebih kurang 1 hingga 1 jam.
  3. Larutkan baking powder dan baking soda dengan air, kemudian masukkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.
  4. Panaskan teflon dengan api yang sederhana selama 2 minit. Lalu kecilkan api dan biarkan teflon stabil kurang lebih 2 minit.
  5. Tuang adunan, bentukkan bahagian tepi dengan senduk perlahan-lahan dan jangan terlalu ditekan. Besarkan sedikit api (jangan terlalu besar) tunggu hingga gelembung-gelembung keluar semua. Kemudian kecilkan api lagi.
  6. Taburkan gula pasir sedikit tepat di atas gelembung yang mula membesar (bagi membantu gelembung cepat pecah dan terbentuk belubang).
  7. Setelah hampir semua gelembung pecah, tutup teflon masak selama kurang lebih 1-2 menit dgn api sangat kecil sampai martabak matang permukaan benar benar kering)
  8. Sisir tepi tepi teflon dgn spatula tahan panas jgn disisir dgn pisau (supaya teflon tdk rosak)
  9. Angkat & oleskan permukaan martabak dgn mentega sementara masih panas
  10. Beri toping sesuai selera, potong jadi 2, lipat. Oles kembali kulit martabak dgn mentega.

Nota: Saya pakai teflon 18 cm, 3x panggang, sebaiknya 4x panggang biar tdk terlalu tebal.
Uk 22/ 24 cm bisa 2x panggang

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Murniasri Sarifudin

 

 

tags: