Spaghetti merupakan makanan yang berasal daripadai Itali. Terdapat pelbagai aneka Spaghetti sebenarnya. Antaranya ialah Carbonara, Bolognese dan juga Aglio Olio. Spaghetti Aglio Olio ini memang sangat sesuai bagi orang yang tak suka makanan yang terlalu berkrim atau bersos. Ianya juga boleh dijadikan pilihan kalau anda tak tahu nak masak apa. Gabungan Spaghetti Aglio Olio dengan Grilled Sausage memang betul-betul menjadi. Sangat sedap dan terbaik! Jom cuba resepi dekat bawah ini.
Kalau Tak Ada Idea Nak Masak, Boleh Masak ‘Spaghetti Aglio Olio With Grilled Sausage’ Yang Sangat Mudah Ini!
RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO
Bahan-Bahan:
- 1 packet spaghetti
- 4-5 sdb minyak zaiton
- 3 ulas bawang putih
- 10 -15 ekor udang – saya x letak
- 5 – 6 ekor sotong – “
- 1 keping dada ayam
- 1 sdb chili flake
- 1 sdt oregano flake
- 1 kiub ayam knorr
- Capsicum merah
- Broccoli
- Tomato cherry
- Garam dan lada sulah
- Cili padi (optional)
Cara Penyediaan:
- Rebus spaghetti bersama 1 sdb minyak. Rebus sampai lembut. Toskan. Simpan sikit air rebusan utk digunakan.
- Panaskan minyak zaiton, tumis bawang putih hingga wangi. Masukan udang, sotong (saya letak ayam saja) dan kiub ayam knorr dan sedikit air rebusan spagheti. Gaul rata²
- Kemudian masukkan capsicum, broccoli dan tomato cherry.
- Akhir sekali masukkan spaghetti, garam, cili flake, oregano flakes, cili padi (optional) dan kacau hingga rata.
RESEPI GRILLED SAUSAGE
Bahan-Bahan:
- 5-6 batang sosej
- 4 sdb sos bbq
- 3 sdb sos cili
- 1 sdb maggie seasoning
- 1 sdt serbuk lada hitam
Cara Penyediaan:
- Sosej dikelar dan gaul dengan semua bahan diatas. Perap 15 minit.
- Panaskan sedikit butter dalam pan dan grill sosej hingga masak cantik.
- Letakkan Spaghetti Aglio Olio dalam mangkuk hidang dan letak kan Sausage Grilled atas spaghetti.
- Siap untuk dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Rosmaliza Omar
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat ‘Spaghetti Aglio Olio’, Ramai Puji Resepinya Sedap Dan Menjadi!