Baru-baru ini, viral gambar seorang wanita warga emas lebih separuh abad, dengan rambutnya yang dipenuhi uban dan kudrat yang makin dimamah usia. Namun ianya bukan penghalang untuk beliau mencari rezeki. Apa yang lebih menyebakkan adalah, dia bekerja sebagai seorang penghantar makanan.
Siapa yang memahami, pasti tahu betapa penat dan beratnya bekerja sebagai penghantar makanan ini. Gigih berdiri di kaki sendiri demi mencari rezeki. Melalui sekeping gambar perkongsian oleh Tiffany Chang ketika sedang melewati sebuah kedai kopi di Puchong, Selangor. Dia terserempak dengan seorang warga emas berambut putih, memakai peenutup muka dan sarung tangan sambil membelek telefonnya.
Pelbagai reaksi diterima dari netizen berhubung dengan kiriman itu, ramai yang sebak dan meluahkan rasa hormat kepada beliau. Wanita tersebut turut mendapat perhatian Ustaz Ebit Lew yang ramai sudah tahu, beliau sepantas kilat akan datang membantu jika ada terdengar tentang kesusahan seorang.
Sayu sebak tengok auntie christine ti, chinese kl. Sampai jer tadi terus berbual dengan aunty ni di bus stop. Terus menangis terasa rapat jer. Berlinangan air mata. Peramah auntie ini. Dengar kisah hidupnya dapat rasa kecekalan dan tabahnya beliau. Kuat berusaha dan suka menolong orang. Tinggal berdua dengan adiknya. Mak baru meninggal dunia. Menangis Sebelum ini kerja writer english magazine. Pandai english. Hebat tulisannya. Semenjak awal pkp hilang kerja. Mula kerja food panda guna kereta kancil lama.
Saya tolong repair kereta kancil makciknya. Gantikan tayar baru dan service. Beri sedikit duit belanja. Dan nanti nak tengok rumahnya dengarnya dah bocor dan ada kerosakan.
Doakan auntie ni. Katanya best kerja begini. Anak muda semua baik-baik. Tiada politik kerja. Tengah kesana sini. Tengok ada job rm4 masuk. Happy auntie ni. Lepas tu ada lagi job rm7. Jarang dapat rm7. Sedihnya rasa. Kuat dan rajin.
Posting dari Ustaz Ebit Lew turut mendapat pelbagai reaksi dari netizen.