Sejak kebelakangan ini semakin ramai anak muda yang menyertai bahagian penghantar makanan. Sama ada FoodPanda mahupun GrabFood. Mungkin ini adalah salah satu jalan atau sumber kewangan untuk mereka teruskan kehidupan dalam keadaan dunia yang dilanda Covid-19 sekarang ini.
Seperti kisah yang dikongsi oleh Ahmad Fahmi Mokhtar di laman facebook baru baru ini. Memandangkan hari kejadian adalah hari kelahiran anaknya. Jadi isterinya meminta untuk membelikan apa-apa makanan yang patut. Lalu beliau memesan makanan melalui FoodPanda untuk dihantar ke pejabatnya.
Apabila beliau siap membuat pesanan, hujan mula turun. Dan apa yang menyedihkan adalah sewaktu beliau mengambil pesanan tersebut beliau melihat penghantar makanan FoodPanda tadi hanya menaiki basikal. Dalam keadaan hujan tanpa baju hujan pula.
Kejadian tersebut membuatkan beliau tidak sanggup untuk melihatnya. Hatinya menangis kuat dan ingin menghulurkan bantuan. Selepas kejadian tersebut Ahmad Fahmi meminta team kebajikan Al-Hikmah Charity untuk menghubungi abang FoodPanda tersebut.
Dipendekkan cerita, akhirnya Hikmah Charity berhasil menyumbangkan basikal yang lebih baik untuk digunakan beserta dengan baju hujan dan sekotak mask.
Hari ini hari jadi anak kedua aku. Jadi isteri aku dah wasap pagi-pagi minta beli makan-makan apa yang patut. Petang ini aku order minta Food Panda hantar ke pejabat, mudah ambil terus wat balik.Siap order, ggrruuuhhh, bunyi guruh kat luar, Allahuakbar, tak ingat kat luar hujan. Rasa bersalah pulak kat abang food panda. Aduhai, basah habis la.Tunggu punya tunggu, akhirnya dapat wasap, dah nak sampai (otw). Aku pun berlari lah turun, nak tunggu dia, jangan dia tunggu aku, dah la hujan-hujan nie.Turun tengok, Allahuakbar, hati aku menangis kuat, akan tetapi aku tahan jangan jatuh air mata depan dia. Dia kayuh basikal sobat, baju hujan pun tak ada, rasa serba salah.Mata aku tak sanggup nak tatap mata dia. Moga Tuhan rahmati mu bang, moga dipermudahkan urusan mu, moga diberikan rezeki melimpah-limpah.Masa nie lah duk fikir, kalau aku ada duit, aku beli motor second hand kat dia. Nak tanya pasal motor kat dia tadi, tapi jiwa aku halus, duk nak nangis dah. Jeng.Nanti aku minta team kebajikan Al-Hikmah Charity untuk contact dulu dia, samaada dia dah ada lesen ke, atau perlukan motor, kita try cari. In Sya Allah. Sobat-sobat boleh kita pakat tolong deh.Anak-anakku, kalian beruntung hari nie, boleh makan makanan yang dihantar oleh pemuda yang kuat dan tekun bekerja. Moga makanan yang kita makan ini, berikan kita ketekunan yang sama dalam apa jua bidang, in Sya Allah.UPDATE (11 malam)Alhamdullillah pihak Hikmah Charity terus berhubung dengan abang Food Panda (FP). Malam ini terus jumpa dan berikan baju hujan serta sekotak mask.Setelah berbincang, rupanya abang FP belum ada lesen motor, sementara mendapatkan lesen, kita kena beli basikal yang lebih baik untuk dia.Moga dapat membantu untuk dia menyara anak dan isteri. Sebelum bekerja dengan food panda, dia telah diberhentikan dari kerja asal dan sebulan duk cari kerja sebelum memilih kerja Food Panda.Ye teman, Struggle is Real.