Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Nasi Butter Ala KFC & Ayam Panggang Ala Dominos, Anak-Anak Sampai ‘Berebut’!

Resepi Nasi Butter Ala KFC & Ayam Panggang Ala Dominos, Anak-Anak Sampai ‘Berebut’!

Kategori:
Ayam Panggang Ala Dominos

Anak-anak makan tak berselera? Jom cuba buat Nasi Butter ala KFC bersama Ayam Panggang Ala Dominos ini. Perkongsian oleh Hamizah Zakaria di laman sosial Facebook. Menurutnya, anak-anak makan sampai berebut dan licin! Memang confirm sedap ni. Selamat mencuba!

Resepi Nasi Butter Ala KFC

Bahan-bahan:

  • 3 pot beras ( untuk 4 -5 orang makan)
  • 1 sudu butter
  • 3 ulas bawang putih ( hiris halus)
  • 1 biji bawang merah
  • 1 cawan susu fresh milk
  • 1 kiub ayam
  • 1 inci halia
  • 3 cawan air + 1 cawan susu fresh milk (bergantung pada beras)

Cara-cara:

  1. Cair kan butter atas kuali, masukkan bawang putih, dah kekuningan masukkan bawang merah.
  2. Masukkan susu. Biarkan 3 minit. Bila dah mendidih masukkan halia dan kiub ayam.
  3. Bila semua dah sebati, goreng sekejap beras bagi sebati. Tutup api.
  4. Masukkan bahan tadi dalam rice cooker. Curahkan air + susu, kacau dan biarkan sampai masak.
  5. Siap nasi butter ala KFC!

Resepi Ayam Panggang Ala Dominos Madu

Bahan-bahan:

  • Ayam 8-10 ketul
  • Sos tiram 2 sb
  • Sos tomato 1 sb
  • Sos cili 2-3 sb
  • Lada hitam 1 sb (tumbuk)
  • Bawang putih 4-5 ulas ( tumbuk)
  • Madu 2-3 sb
  • Minyak sikit
  • Gula @ garam sikit
  • Serbuk cili 2 sb
  • Butter 1 sb

Cara-cara:

  1. Cairkan butter dan masak semua bahan tadi. Kecuali minyak.
  2. Dah suam, lurmur pada ayam dan perap semalaman. Letak minyak sedikit.
  3. Bakar dalam pemanggang ajaib korang, atau AF 180C 30minit. Atas pilihan masing-masing.
  4. Siap, sedia untuk dimana bersama nasi butter ala KFC!

Kredit: Hamizah Zakaria

tags: |