Kuih Lapis atau Kue Lapis merupakan salah satu kuih tradisional Indonesia yang sangat digemari orang ramai kerana terkenal dengan kelazatannya dan rasanya yang khas. Kuih lapis ini disusun secara berlapis dengan warna yang berbeza dan menarik, serta memiliki tekstur yang kenyal. Kuih ini dibuat dengan campuran bahan-bahan utamanya iaitu tepung ketan. Berikut adalah resepi untuk membuat kuih lapis tepung ketan.
Bahan-Bahannya adalah:
- 100 gr tepung ketan
- 100 gr tepung tapioka
- 300 gr gula pasir
- 800 cc santan
- 1 sdm pemutih
- 1/2 garam
- pewarna makanan
Cara membuatnya:
- Siapkan semua bahan yang diperlukan untuk proses pembuatan kuih lapis.
- Masukkan tepung tapioka, tepung ketan, gula, garam dan santan. Lalu, aduk kesemua bahan tersebut hingga bercampur rata dan sebati.
- Kemudian, bahagikan adunan kepada dua. Tambah pemutih kedalam satu adunan supaya lebih putih. Masukkan perwarna makanan kedalam satu lagi adunan.
- Kukus dua adunan tadi secara bergilir-gilir menjadi lapisan hingga penuh acuan.
- Keluarkan kuih lapis dan siap untuk disajikan.
Semoga berjaya dan selamat mencuba.
Tonton video dibawah untuk langkah-langkah penyediaanya:
Kredit resepi Bunda Cinta