SAJI merupakan satu jenama yang tidak asing lagi di Malaysia. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini produk SAJI sudah semakin banyak di pasaran. Malah rakyat Malaysia sendiri menjadikan produk SAJI ini sebagai pilihan utama, mungkin disebabkan produknya yang berkualiti dan harganya pula berpatutan.
Antara produk yang SAJI sudah dikeluarkan adalah krimer, sos, mi segera, garam, santan, beras, minyak masak, gula dan lain-lain. Produk SAJI ini bukan sahaja terkenal di negara-negara Asia Tenggara tetapi dalam masa yang sama turut masuk dan terkenal di Timur Tengah, Eropah, Asia Barat dan Afrika Barat.
Persoalannya siapakah SAJI ini sebenarnya? Adakah jenama SAJI ini merupakan jenama Malaysia atau jenama luar negara yang menggunakan perkataan Melayu seperti Ayam Brand? Jawapannya adalah SAJI merupakan jenama Malaysia. Ia tidak seperti Ayam Brand yang mana hanya menggunakan perkataan Melayu tetapi ia bukan jenama Malaysia.
Untuk pengetahuan anda minyak Saji merupakan keluaran daripada Delima Oil Product Sdn Bhd (DOPSB). DOPSB ini pula adalah salah satu syarikat FGV Holdings Berhad (FGV). Yang bertanggungjawab menjadi pengerusi Lembaga pengarah FGV kini ialah Datuk Wira Azhar Abdul Hamid.
Pada zaman serba moden ini, Airfryer dan non-stick cookware mendapat perhatian yang tinggi kerana tidak menggunakan minyak masak. Walaupun begitu, permintaan minyak masak tetap tinggi kerana rakyat tempatan lebih selesa menggunakan minyak masak.
Jika anda ingat, tahun lepas tular mengenai Minyak Masak Saji tiruan dan tulen di media sosial. Pihak SAJI Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa kedua-dua minyak tersebut adalah tulen. Ianya kelihatan berbeza kerana mereka menghasilkan label baru pada botol minyak masak mereka. Yang penting minyak SAJI ini hanya menggunakan minyak sawit olein IV60 yang berkualiti tinggi dan semestinya halal.
Apa yang penting adalah SAJI ini merupakan jenama Malaysia dan produk mereka dijamin halal dan mematuhi akta makanan serta kelulusan JAKIM. Jadi jom sokong SAJI sebagai jenama Malaysia!
Sumber: FB Jenama Malaysia