Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Lelaki Ini Kongsi Makan Samyang 2X Spicy Ramen Dengan 45 Biji Cili Buat Warganet Berasa Bimbang Dan Seram!

Lelaki Ini Kongsi Makan Samyang 2X Spicy Ramen Dengan 45 Biji Cili Buat Warganet Berasa Bimbang Dan Seram!

Kategori:
bahaya makan pedas

Samyang merupakan mi segera Korea yang viral sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Mi segera korea ini mempunyai beberapa jenis perisa dan tahap kepedasannya. Antaranya adalah Samyang Spicy Ramen, Samyang 2X Spicy Ramen, Samyang Carbonara, Samyang Cheese Ramen dan Nongshim Shin Ramyun.

Bagi penggemar makanan pedas pasti pernah mencuba semua jenis ramen di atas kan? Ada juga yang tidak menyukai pedas tetapi tetap juga mencuba mi segera daripada Korea ini. Akibat daripada makan mi segera ini pelbagai cerita yang keluar. Pedas sangat, tak pedas, biasa sahaja dan sebagainya.

Malah beberapa hari yang lepas, ada seorang lelaki yang berkongsi pengalamannya makan Samyang 2X Spicy Ramen dengan 45 biji cili. Kedengaran agak tidak terjangkau dek akal. Boleh bayang betapa pedasnya. Samyang 2X Spicy pun sudah sangat-sangat pedas apatah lagi jika ditambah dengan 45 lagi cili.

Perkongsian daripada Arbi Mohd Arbi itu telah mendapat reaksi daripada warganet dan rata-rata warganet berasa bimbang dan seram dengan situasi tersebut.

Cili yang hijau ni tak pedas…

Sayang la usus…

Kadang mulut tak rasa pedas…

 

Sumber: Arbi Mohd Arbi

Baca juga: Makanan PEDAS Memudaratkan Kesihatan? Sihat Atau Bahaya? Jom Ikuti Penjelasannya..

tags: |