Roti boleh dikatakan makanan sampingan bagi semua orang. Jika di Malaysia roti yang menjadi pilihan hati rakyatnya adalah roti berjenama Gardenia. Sehinggakan pada musim Perintah Pergerakkan Kawalan (PKP) pertama kalinya pada bulan 3 yang lepas viral berkenaan roti tersebut telah kehabisan stok.
Manakala pada bulan lepas Roti Gardenia mengumumkan untuk menaikkan harga roti mereka. Kenaikan harga roti tersebut berikutan kenaikan harga bahan mentah seperti sayur, serbuk koko, susu dan pembungkusan. Walaupun Roti Gardenia ini sudah naik harga ia tetap menjadi pilihan hati semua.
Nah ini ada berita gembira buat anda semua. Shell ada tawaran istimewa buat anda di luar sana. Setiap Rabu Shell tawarkan Roti Original Classic hanya pada harga RM1 Sahaja bagi roti buku yang kecil. Yang mana harga asal roti tersebut adalah RM2.50. Jimat Rm1.50 guys!
Kalau tak sempat beli lagi, jom rabu minggu depan kita pergi beli!
Tarikh Promosi : 9 Disember 2020 sehingga 17 Feb 2021 (Setiap rabu)
Lokasi Promosi: Shell SELECT
Sumber: Saving Kaki
Baca juga: Siapa SAJI Sebenarnya? Adakah Ia Jenama Luar Negara Yang Menggunakan Perkataan Melayu?