Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi No Bake Peanut Butter Cheesecake Yang Creamy Dan Penuh Rasa Kekacang, Pastinya Tanpa Gelatin! Memang Sedap

Resepi No Bake Peanut Butter Cheesecake Yang Creamy Dan Penuh Rasa Kekacang, Pastinya Tanpa Gelatin! Memang Sedap

Kategori: ,
resepi peanut butter cheesecake

Resepi Peanut Butter Cheesecake ini dikongsi oleh Muhammad Ali di laman facebook MAHN. Kek ini khas untuk peminat peanut butter. Tetapi bagi anda yang mengalami alergik atau side effect dari kekacang, jangan pernah sesekali mencubanya ye. Rasa Peanut Butter Cheesecake ini memang terbaik sangat!

Resepi No Bake Peanut Butter Cheesecake Yang Creamy Dan Penuh Rasa Kekacang, Pastinya Tanpa Gelatin! Memang Sedap

BAHAN-BAHAN:

Lapisan Pertama : Base Cake

  • 50 gram butter
  •  140 gram  digestive biscuits
  •  20 gram serbuk koko
  • 3 sudu makan gula icing/ kastor

Lapisan kedua : Peanut Butter Mousse

  • 500 gram cream cheese.
  • 1 sudu kecil perisa vanila
  • 100 gram gula icing
  • 200 gram peanut butter spread. Nak sedap pakai yang crunchy
  • 2 sudu nutella ( optional. xde pun xpe)
  •  280 gram dairy whipping cream + 2 sudu makan gula icing.

Lapisan ketiga : Peanut butter spread

  • 100 gram peanut butter spread. Nak lebih boleh lebihkan spread

CARA PENYEDIAAN:

Lapisan pertama : Base cake

  1. Cairkan 50 gram butter, then gaulkan bersama 140 gram  digestive biscuits yang sudah dihancurkan + 20 gram serbuk koko + 3 sudu makan gula icing/ kastor
  2. Gaul sebati dan mampatkan dalam loyang
  3. Masukkan dalam chiller selama 30 minit .Sementara tu kita buat lapisan seterusnya

Lapisan kedua : Peanut Butter Mousse

  1. Pukul 500 gram cream cheese pada suhu bilik selama 2 minit
  2. Then tambahkan 200 gram peanut butter spread + 100 gram gula icing + 1 sudu kecil perisa vanila.Nak sedap pakai yang crunchy
  3. Pukul sampai semua bahan sebati
  4. Pada bekas yg lain pukul 280 gram dairy whipping cream + 2 sudu makna gula icing
  5.  Pukul sehingga kental. Sila refer tips pukul whipping cream yg betul pada tips sy yg lepas.
  6. Dah kental Satukan cream cheese peanut butter tadi dengan whipping cream yg dh dipukul kental
  7. Kaup balik sampai sebati. Jangan terlebih kaup nanti adunan cair dan mudah mencair di suhu bilik.
  8. Dah sebati letakkan atas lapisan crust tadi. Letakkan separuh adunan.
  9. Then masukkan 2 sudu nutella ( optional. takde pun takpe)  Ratakan tengah2 dia. Nanti akan nampak effect bila kita potong. Rujuk gambar. Tengah2 ada nutella. Lagi sedap. Skip step ni kalau hampa tak nak letak nutella.
  10. Kemudian masukkan lebihan adunan dan ratakan.
  11. Sejukkan dalam chiller selama 3 jam

Lapisan ketiga : Peanut butter spread

  1. Cairkan pakai teknik double boil atau microwave 100 gram peanut butter spread. Nak lebih boleh lebihkan.Dah cair tunggu dalam 5 minit then keluarkan kek dari loyang dulu buat lah effect drip mcm saya buat tu.
  2. Kalau rasa tak yakin. Tuang je dalam loyang atas lapisan peanut butter mousse tadi. Dah set dalam 3  jam baru keluarkan dari loyang
  3. Hiaskan letak kacang2 atas tu.Siap boleh ngap. Tahan 1 jam lebih je suhu bilik.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Muhammad Ali

 

tags: