Siapa sangka daripada membuat Tiktok dengan menggunakan lagu iklan beras Cap Rambutan akhirnya remaja lelaki ini mendapat beras daripada syarikat tersebut. Memang rezeki tak pernah salah alamat!
Video Tiktok remaja lelaki yang bernama Muhammad Shazani Shamsor yang berdurasi selama 25 saat itu kini tular di semua platform media sosial sehingga mendapat perhatian syarikat beras Cap Rambutan. Lalu pihak syarikat tersebut telah menjejaki dan menghantar mesej dengan ucapan perhargaan kepadanya.
Malay tiktok haritu gaduh pasal menari lagu tak elok, brader ni pakai lagu ni je terus pic.twitter.com/Ay9xy6hWtr
— amran (@marzzt_) December 7, 2020
https://twitter.com/shajani6/status/1335968435650453507?s=20
Sebagai tanda penghargaan syarikat beras Cap Rambutan ini ingin memberi beras kepadanya. Pada awalnya remaja lelaki yang berusia 19 tahun ini menolak pemberian tersebut dan menyarankan syarikat beras Cap Rambutan memberi beras tersebut kepada golongan yang lebih memerlukan.
Tetapi setelah berbincang bersama keluarga, dia menerima pemberian beras itu sebagai tanda penghargaan.
Jadi kalau orang bagitahu atau perli buat apa main Tiktok, buang masa sahaja hiraukan je. Yang penting apa yang hendak disampaikan itu adalah perkara yang baik-baik dan dalam masa yang sama kita juga mendapat kebaikan daripadanya.
Sumber: Twitter @shajani6