Siapa yang tidak kenal dengan Ustaz Ebit Lew yang sangat baik hati ini. Setiap kali ada orang yang memerlukan bantuan atau ditimpa ujian Ustaz Ebit Lew pasti tidak melepaskan peluang untuk pergi menziarahi mereka ataupun menghulurkan bantuan.
Malah baru semalam beliau menghadiahkan 5 biji basikal baru kepada penghantar makanan FoodPanda yang mana sebelum ini menghantar makanan dengan hanya berjalan kaki.
Sebak gembira malam ini hadiahkan 5 basikal lipat dan sedikit hadiah belanja pada 3 orang chinese dan 2 indian. Sayu dengar betapa kuat mereka jalan kaki cari rezeki buat keluarga. Terkesan dengar anak muda kuat kerja cari rezeki.Sharen chinese single mother anak 3 orang semuanya comel jer. Seminggu dapat rm150 ke rm200. Dulu berniaga bakery. Perniagaan tak boleh pergi dah. MCO stop semua. Buat kerja hantar makanan jalan kaki. Duit itu digunakan untuk beli pampers dan susu anak. Duduk dengan ayah yang oku dan ibu. Masa bagi dan berbual tadi bergenang matanya. Tq yer ustaz atas semangat dan hadiah. Jalan jauh hantar makanan.Camy Yap,26 tahun sebelum ini kerja lain. Hilang kerja mco. Jadi sekarang sewa bilik dekat kl. Jalan jauh naik lrt try tempat ramai orang dibandar. Hantar makanan jalan kaki. Seronok dia masa hadihkan basikal tadi.Ramesh 25 tahun anak 2 orang. Tak berhenti cakap terima kaseh. Ustaz kalau saya bawa basikal saya boleh banyak lagi hantar makanan. Dah lama nak basikal. Cukup duit nak ambil lesen motor. Nanti nak bawa motor hantar makanan. Tq yer ustaz.Hokah Sing 27 tahun. Sebelum ini kerja promoter pelancong. Sekarang kerja hantar makanan berjalan. Seronok tadi try basikal baru.Nurul Fauziah Indian Muslim. Nak tolong mak ayah. Selalu bagi duit untuk mak ayah. Semuanya untuk belanja keluarga.Semoga semua anak muda diluar sana terus kuat. 2020 ni besar ujian untuk kita semua.Pasti 2021 kita akan menjadi lebih baik. Kerana disebalik musibah ada rahmat darinya
Sumber: Fb Ustaz Ebit Lew