Dah bosan asyik makan lauk yang sama je kan? Apa kata kali ini jom buat Ayam Bakar Seksi ini. Memang sedap dan menyelerakan. Tengok tekstur pun dah tahu sedap, belum makan lagi. Jadi tunggu apa lagi jom kita cuba masak Ayam Bakar ini.
Resepi ini dikongsi oleh Murni Mohd Husin di laman facebook MAHN.Kalau ada Air Frayer lagi senang, letak je dalam Air Fryer.
Resepi Ayam Bakar Seksi Yang Sedap Dan Menyelerakan, Sekali Hidang Terus Licin!
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam whole, potong tengah, bersihkan, cucuk seluruh badan ayam dengan garpu.
Bahan kisar:
- 1 labu bawang merah besar
- 4 ulas bawang putih
- 1 inch halia
Campurkan dengan:
- 5 sb sos tiram
- 5 sb kicap
- 3 sb sos lada hitam
- 3 sb madu
- 3 sb gula
- 1 sb lada hitam tumbuk kasar
- 1 1/2 sk garam
CARA PENYEDIAAN:
- Lumurkan pada ayam keseluruhan. Perap 2 jam. Bakar pada suhu 85, selama 1jam 20mnt.
- Kuarkan ayam, terbalikkan, sapu campuran madu, sos tiram dan kicap (campuran ni buat asing, agak2 je, saya buat 2 sb setiap bahan tu). Bakar semula 15 minit.
- Keluarkan semula, terbalikkan lagi ayam macam kedudukan ayam seksi ni. Sekali lagi sapukan campuran madu, sos tiram dan kicap, bakar lagi 15 minit.
- Kalau nampak kulit ayam belum garing, boleh tambah masa 10-15 minit.
- Selalunya ayam whole macam ni akan masak sepenuhnya dalam masa 2 jam atau lebih. Kalau suhunya 85.
- Untuk sayur, brokoli dan baby corn tu saya rebus sehingga mendidih. Lepas tu saya rendam dalam ais supaya warnanya kekal segar.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit resepi : Murni Mohd Husin
Kredit gambar: Auni Hanani