Daun kari dan daun limau purut jika terlalu lama dalam peti sejuk, ia akan menjadi ‘kering’ dan akhirnya TERBUANG begitu sahaja.
Mesti ramai yang buat macam ni kan? Sebenarnya, walaupun ia dah kering namun masih boleh digunakan untuk masakan tau! Aromanya tetap sama, tidak hilang.
Tapi, macam mana nak ‘selamatkan’ daun yang dah kering ini? Ikuti perkongsian oleh Lin Zalika di bawah.
Saya ada sikit tip untuk orang yang susah nak dapatkan bahan untuk masak, lebih-lebih yang duduk di kawasan bandar, yang ada anak kecil susah nak keluar ke kedai.
Saya ada daun limau purut dan daun kari beli simpan dalam petik sejuk yang dah nak kering sayang nak buang, saya jemurkan bagi betul2 kering, pastikan jangan kena air (takut berkulat), atau pun masukkan dalam oven panaskan dengan suhu kecil.. Dah kering masukkan dalam bekas, simpan boleh guna bila kita perlu..
Untuk lebih mudah difahami, ikut langkah di bawah untuk selamatkan daun kari dan daun limau purut yang dah kering.
Semoga bermanfaat!
Kredit: Lin Zalika