Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tip Makanan & Dapur » Power!! Dari Saiz 5XL Ke M, Gadis Ini Berjaya Turun Berat 37kg Selepas Amalkan Diet Ini

Power!! Dari Saiz 5XL Ke M, Gadis Ini Berjaya Turun Berat 37kg Selepas Amalkan Diet Ini

Kategori:
Turun Berat

Proses menurunkan berat bukan sesuatu yang mudah, namun ianya tidak mustahil jika anda tekad. Malah, ramai yang telah berjaya menurunkan berat hasil dan turut berkongsi hasilnya kepada orang ramai sebagai pembakar semangat mereka buat yang sudah lama ‘berniat’ mahu menurunkan berat badan.

Seperti perkongsian oleh saudari Eleeza Natasha, dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 37 kilogram dalam tempoh setahun sahaja.

Menurut beliau lagi, beliau mengamalkan diet suku-suku separuh (DSSS) sepanjang tempoh itu sejak beratnya 99 kilogram. Terkini, beratnya sudah turun kepada 62 kilogram dan dia mengakui penurunan berat itu banyak memberi kesan ketara dalam kehidupannya.

Sakit kaki dah hilang!

“Alhamdulillah banyak perubahan dalam diri yang saya dapat rasa, dulu kalau pergi mall, cepat-2 cari tempat duduk.. sebab sakit kaki dan semput.. Alhamdulillah, sekarang dah tak semput biler berjalan..”

Tambahnya lagi, nak sembahyang sekarang pun lebih mudah sebab dah tak sakit macam dulu. Perkongsian oleh Eleeza dalam group DSSS telah mendapat lebih 10 ribu like sejak dimuatnaik pada 10 Disember lepas.

Tak Ambil Air Manis, Berhenti Makan Pada Jam 7

Kongsinya, beliau memang tidak ambil langsung air manis dan berhenti makan pada pukul 7 atau 8 malam. Baca perkongsian lengkap oleh beliau di bawah.

Alhamdulillah, hari ni genap 1tahun buat Diet Dsss..Kiranya,semalam hadiah untuk birthday tahun ni kepada diri sendiri sebab berjaya buat tanpa giveup. Banyak perubahan,yang dapat diri sendiri ni rasa. Tapi ada sikit lagi ni nak kena kejar target lagi,ada lagi 10kg target nak turun.

Start weight : 99kg

Start weight : 99kg

Total weight lost : 37kg

Tips yang saya selalu amalkan hanya memang buat Dsss je dan jugak workout 3/4kali seminggu..Air manis memang tak ambik langsung.. Malam selalunya saye stop makan pukul 7@8malam..Sambil saya buat dsss,sambil tu saya buat defisit kalori sekali..saya jaga kuantiti kalori makanan saya.

Sebelum ini, Eleeza turut mendedahkan beliau berjaya menukar saiz baju dari 5XL kepada saiz M dalam tempoh sebelas bulan. Sekarang dah tak perlu malu nak beli baju takut tak muat atau tiada saiz. Settle masalah katanya. Semoga perkongsian oleh Eleeza memberi inspirasi dan semangat kepada mereka yang mahu menurunkan berat badan.

 

Sumber: Eleeza Natasha

tags: |