Siapa yang setiap kali bangun pagi, badan akan selalu rasa lemau je? Badan pun rasa berat dan tak bertenaga nak pergi kerja. Seorang wanita di laman sosial Facebook berkongsian petua untuk hilangkan rasa lemau badan dan juga akan membuatkan badan rasa bersemangat. Jika amalkan petua ini juga akan membolehkan angin keluar dari badan dengan mudah. Lihat perkongsian lengkap oleh Lydia Na di bawah.
Menurutnya, beliau hanya mengamalkan minum minuman ini selama 3 malam sahaja, badan terus rasa ringan, rasa bertenaga dan angin badan mudah keluar.
Setiap hari kul 4.30 pagi sy dah kena bangun masa nak bangun tu.. ya Allah.. liatnya kadang² telajak sampai kul 5 pagi.. mula lah kalut terkejar² siapkan kuih.. malam buat kuih, pagi² kena bangun awal badan pun rasa lemau je.. Alhamdulillah.. dah 3 malam sy amalkan sebelum tidur minum air halba ni.. series.. badan rasa ringan.. rasa bertenaga.. angin² dalam badan mudah keluar.. terima kasih sangat kepada yang share petua ni..
Kredit: Lydia Na