Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Resepi Sambal Belacan Sedap Tak Ingat! Makan Tak Hirau Orang Tepi Dah

Wanita Ini Kongsi Resepi Sambal Belacan Sedap Tak Ingat! Makan Tak Hirau Orang Tepi Dah

Kategori:
Sambal Belacan Sedap

Seorang wanita berkongsikan resepi sambal belacan sedap tak ingat dunia! Menurut beliau, resepi ini hasil perkongsian oleh arwah kakak iparnya. Sekali buat anggaran untuk 30 orang makan. Simpan dalam peti ais, nak makan tinggal ambil je! Lihat resepi lengkap di bawah.

Cara Buat Sambal Belacan Sedap Tak Ingat! Makan Tak Hirau Orang Tepi Dah

Bahan-bahan:

  • Cili Merah Besar 20 biji
  • Cili Api Merah 20 biji
  • Cili Api Hijau 20 biji
  • Tomato 3 biji
  • Belacan tanjung dawai. Belacan tu guna separuh dan dibakar
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit Ajinomoto
  • Gula 3 sudu makan
  • Air limau kasturi dalam 10 biji
  • Air asam jawa

Cara-cara:

  1. Kisarkan kesemua bahan-bahan guna pati air asam jawa ditambah bersama perahan air limau sahaja. Tak guna air kosong dan tak digoreng ye.
  2. Nak tumbuk juga boleh.

Tak minta banyak like. Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat Shapitah binti Ishak @ Awang. Terima kasih kepada Puan Suriani Mohd.

 

Baca juga: Cara Masak Sup Ayam Ala Thai, Rasanya Dah Macam Dekat Thailand Dah. Memang Super!

tags: