Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Sukatan Cawan Kuih Sagu Yang Enak, Sekali Buat Terus Menjadi. Confirm Tak Menyesal!

Resepi Sukatan Cawan Kuih Sagu Yang Enak, Sekali Buat Terus Menjadi. Confirm Tak Menyesal!

Kategori: ,
resepi kuih sagu

Kuih Sagu atau Lopes Sagu merupakan kuih tradisional Melayu yang sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Kuih Sagu adalah sagu yang dimasak dan dikukus sehingga jernih lalu digaulkan dengan kelapa parut. Rasanya memang sedap.

Namun tak ramai yang boleh buat Kuih Sagu ini agar menjadi elok. Ada yang buat tapi terlalu lembik atau pun keras. Nak resepi yang menjadi? Anda boleh cuba resepi ini.

Cara Mudah Kuih Sagu Yang Mudah Dan Sedap!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan sagu
  • 1 cawan gula pasir
  • 3 cawan air
  • 1 1/4 sdt sirap berperisa ros
  • 4-5 helai daun pandan | disimpul
  • Kelapa parut dan garam

CARA PENYEDIAAN:

  1. Satukan air, gula, pandan dan sirap ros.
  2. Masukkan sagu dan kacau rata.
  3. Apabila sudah agak pekat, keluarkan pandan kemudian tuang sagu ke dalam loyang. Boleh guna loyang 10 x 10, jangan lupa sapu minyak sedikit.
  4. Kukus selama 20 minit atau sehingga sagu jernih.
  5. Angkat dan sejukkan.
  6. Gaul dengan kelapa parut dan garam.
  7. Siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak buat Kuih Sagu ini? Sangat sesuai untuk dijadikan menu makan pagi atau menu makan petang. Nak dijadikan pencuci mulut waktu berbuka puasa atau moreh pun sesuai tau. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita mula membuatnya sekarang!

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Mas Cotek

Baca juga: Resepi Som Som Sagu Yang Lemak Berkrim. Memang Sedap!

tags: | | |