Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Demi Mendapat Keberkatan, Kedai Kek Ini Tidak Menyediakan Lilin Dan Tulisan Ucapan Hari Lahir!

Demi Mendapat Keberkatan, Kedai Kek Ini Tidak Menyediakan Lilin Dan Tulisan Ucapan Hari Lahir!

Kategori:
Hukum meniup lilin atas kek

Pernah ke anda pergi ke kedai kek tetapi apa yang anda dapat di kedai kek tersebut hanyalah kek semata-mata. Tiada lilin disediakan. Padahal sebelum itu anda sudah berangan-angan mahu sambut hari kelahiran dengan meniup lilin dengan jumlah lilin mengikut kelahiran anda. Pernah ke?

Rasanya kedai kek di Malaysia jarang yang tidak menyediakan lilin dan tulis ucapan pada kek. Begitu juga dengan negara Islam yang lain. Tetapi ada sebuah kedai kek di Cabang Lamaran, Karawang Timur, Indonesia yang tidak menyediakan perkhidmatan tersebut. Hanya menjual kek semata-mata.

Demi mendapat keberkatan dalam perniagaan, kedai terbabit tidak menyediakan lilin dan perkhidmatan menulis ucapan di atas kek. Hal tersebut kerana amalan meniup lilin di atas kek hari lahir datangnya dari kaum bukan Islam. Jadi betapa bagusnya kedai kek tersebut sehingga tidak mahu menjual lilin demi mendapatkan redha dan keberkatan daripada Allah SWT!

Ada apa dengan lilin? Kenapa dalam Islam tidak boleh meniup lilin di atas kek?

Buat pengetahuan anda semua kenapa dalam Islam tidak boleh meniup lilin di atas kek adalah kerana tiada dalil atau perbuatan khusus amalan ini pernah dilakukan oleh umat Islam atau agama lain, melainkan agama Kristian dan mereka masih mengamalkannya sehingga kini.

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam juga ada bersabda: “Barang siapa yang menyerupai dengan suatu kaum, maka ia sebahagian dari kaum itu.” [HR. Abu Daawud].

Jadi kita sebagai umat Islam wajib mengikut panduan dan apa yang telah digariskan dalam agama kita. Nak menyambut hari kelahiran boleh, tiada salahnya tetapi jangan meniup lilin. Memadai untuk makan kek tanpa tiupan lilin atau amalan yang seumpama dengannya.

14 Kali Ganda Bakteria Ketika Lilin Ditiup

Apabila ada sambutan hari lahir, saat yang paling dinantikan oleh semua orang adalah untuk memakan kek kan? Setelah lilin pada kek tersebut ditiup bermulalah sesi memotong dan makan kek.

Tetapi tahukaha anda kek yang telah ditiup lilin atasnya itu dipenuhi dengan bakteria kotor? Kajian oleh sekumpulan saintis dari Clemson University di South Carolina, diketuai oleh Dr. Paul Dawson menunjukkan, pertambahan bakteria sebanyak 14 kali ganda selepas lilin ditiup.

Walaubagaimanapun, bakteria yang ada pada kek yang dihembus lilin ini adalah bakteria yang selamat dimakan. Sebanyak mana pun kek yang anda makan saat itu, kemungkinan untuk jatuh sakit akibat daripada bakteria ini adalah sangat rendah.

Jadi dinasihatkan kepada anda semua, berhentilah mengamalkan budaya meniup lilin di atas kek semasa menyambut hari kelahiran kerana para ulama’ dan golongan ilmuwan berpendapat bahawa meniup lilin di atas kek ini adalah haram.

Wallahu’alam..

Kredit: Nun, Islam Itu Indah , Apa kata orang, 

 

 

tags: |