Mana peminat SpongeBob? Kali ini Baskin-Robbins ada keluarkan aiskrim versi SpongeBob dan rakan-rakannya. Mesti korang teruja kan? Kalau sebelum ini korang boleh tengok kartunnya sahaja kali ini korang boleh makan tau!
Aiskrim Baskin-Robbins yang disajikan dalam cawan bertema SpongeBob SquarePants ini memang sangat menggiurkan. Ia memang makanan yang tepat untuk kita makan sewaktu musim panas. Bukan musim panas pun boleh makan juga sebab cawan yang mereka sediakan ini tersangatlah comel. Dan ianya juga merupakan edisi terhad. Pastikan anda mengumpulnya! Jadi mana satu pilihan anda, SpongeBob SquarePants, Patrick atau Squidward?
Selain daripada mengumpulkan cawan yang edisi terhad tu, terdapat banyak lagi barang lain yang semestinya sangat comel dan nampak hebat. Peminat SpongeBob wajib mendapatkan aiskrim SpongeBob ini bagi mendapatkan merchandise SpongeBob yang istimewa! Korang boleh dapat Family Pack 4 cawan (Beli 3 percuma satu) atau Party Pack 8 scoop (Beli 7 Scoop percuma 1). Setiap pack tersebut dilengkapi dengan beg shopping SpongeBob SquarePants & Patrick edisi terhad!
Korang tak teringin ke nak makan aiskrim berbentuk Nanas ini? Aiskrim ini dilancarkan bersama-sama dengan merchandise dan korang wajib cuba aiskrim yang menarik ini! Rugilah kan kalau korang peminat SpongeBob tapi tak nak mencubanya!
Seperti yang korang tahu SpongeBob SquarePants adalah seorang yang sangat menyeronokkan. Jadi kali ini dia berkongsi keseronokan itu dengan anda. Jom nikmati aiskrim yang menyegarkan ini dengan bekas dan cawan yang sangat comel dan jangan lupa bagitahu rakan anda juga ye! Selamat mencuba dan masuk ke dunia bawah laut. Hehehe!