Cornflakes sira pedas manis ini merupakan snack yang sangat enak jika dinikmati pada waktu petang sambil menonton televisyen. Nak menyediakan Cornflakes sira pedas manis ini juga sangatlah mudah. Hanya menggunakan beberapa bahan sahaja. Tambahan pula bahan yang digunakan sangat mudah untuk didapatkan di mana-mana kedai runcit.
Jom Buat Cornflakes Sira Pedas Manis Yang Mudah Ni, Rasanya Sedap Dan Sangat Menjimatkan!
BAHAN-BAHAN:
- 150 g nestle cornflakes
- 2 paket pes sambal tumis serbaguna Maggi (alau suka pedas boleh guna 2 paket extra 1/2 sudu gula)
- 2 sd minyak masak
- 2 sd ikan bilis yang sudah digoreng
- 3 keping daun limau nipis yang dihiris halus-halus
CARA PENYEDIAAN:
- Masukkan minyak masak dan tunggu sehingga panas.
- Masukkan 2 paket pes sambal tumis serbaguna Maggi.
- Gaul sehingga kelihatan pecah minyak.
- Kemudian masukkan gula dan daun limau.
- Gaul sehingga rata atau sebati. Kemudian masukkan netsle cornflakes serta ikan bilis (untuk rasa sedikit masin).
- Gaul sehingga rata dan siap sedia untuk dimakan.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Rose Hassan Via MAHN