Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Cara Simpan Cream Cheese & Unsalted Butter Agar Tahan Lama Dan Tak Mudah Berkulat!

Cara Simpan Cream Cheese & Unsalted Butter Agar Tahan Lama Dan Tak Mudah Berkulat!

Kategori: ,
cara simpan cream cheese

Cream Cheese dan Unsalted Butter merupakan bahan yang digunakan dalam masakan. Bagi kita yang bukan menjual kek atau makanan, hanya sekadar masak dan makan untuk keluarga sahaja kebiasaanya Cream Cheese atau Butter yang digunakan ada lebihannya. Sebab yang digunakan untuk masuk ke dalam masakan sedikit sahaja kan?

Jadi kalau lebihan tu masih banyak sayang pula nak buang kan? Jadi apa kata anda guna cara ini untuk pastikan ianya tidak berkulat dan boleh tahan lama. Cara ini dikongsi oleh Shafinaz AisyInara Syaiful di laman facebook MAHN.

Cara Simpan Cream Cheese & Unsalted Butter Agar Tahan Lama Dan Tak Mudah Berkulat!

  1. Potong Cream cheese kepada potongan kecil agak dalam 2cm macam tu. *Gunakan sarung tangan ye sbb cheese sensitif dan mestilah dalam keadaan kering.
  2. Balut dengan Aluminium Foil.(rujuk gambar)
  3. Simpan dalam bekas kedap udara. Lebih bagus bekas kaca supaya tiada udara masuk dan akan menyebabkan Cream Cheese berkulat.
  4. Simpan dalam peti sejuk bahagian biasa.

SEMOGA BERMANFAAT!

Kredit: Shafinaz AisyInara Syaiful

Baca juga: Tips Memilih Butter, Bukan Tengok Mahal Ke Murah Tapi Tengok Apa Kegunaannya!

tags: |