Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Review » CoolBlog Malaysia – Oppa Cheese Dengan Penuh Cheese Dan Penuh Kejutan

CoolBlog Malaysia – Oppa Cheese Dengan Penuh Cheese Dan Penuh Kejutan

Kategori:

RASA YANG PENUH KEJUTAN DARIPADA COOLBLOG

Siapa yang tak kenal Coolblog, jenama minuman tempatan berasaskan kiosk yang popular dengan bubble tea pelbagai perisa. Bermula dengan 25 perisa dan 300 variasi, Coolblog kini telah yang telah menembusi pasaran antarabangsa dan merupakan jenama bubble tea pertama mendapat sijil Halal JAKIM.

Baru-baru ini, krew Daily Makan berkesempatan untuk mengunjungi kiosk Coolblog berdekatan. Jangan tak tau, sekarang Coolblog mengeluarkan minuman limited edition yang hanya boleh didapati dalam masa yang terhad saja. Minuman limited edition kali ini menampilkan Oppa Cheese, yang didatangkan dengan 3 perisa penuh keunikan.

Oppa Cheese mempunyai tiga jenis perisa iaitu :

  1. Chocolate Cheese
  2. Blueberry Cheese
  3. Strawberry Cheese

Cukup sesuai untuk peminat-peminat kek keju yang sukakan rasa lemak-lemak masin. Minuman edisi terhad hanya dijual untuk masa yang terhad sahaja daripada 2 julai sehingga 26 Ogos 2018.

Minuman ini dapat memikat hati rakyat Malaysia dengan mencipta perisa tempatan dan global untuk mewujudkan ciptaan ais yang dicampur perisa yang lazat.

Minuman ini berharga RM6.00 dan boleh didapati di semua kaunter CoolBlog di seluruh negara.

Coolblog jenama minuman pencuci mulut berasaskan kiosk dikenali sebagai jenama antarabangsa, merupakan kisah kejayaan Malaysia. Sehingga hari ini, jenama berusia 10 tahun itu telah berkembang ke lebih 300 buah kios di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

tags: