Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Si Suami Terkejut Dan Geli Hati Apabila Si Isteri Hadiahkan Kek Rokok & Kubur. Netizen Turut Terhibur!

Si Suami Terkejut Dan Geli Hati Apabila Si Isteri Hadiahkan Kek Rokok & Kubur. Netizen Turut Terhibur!

Kategori:
kek rokok dan kubur

Rakyat Malaysia semakin kreatif dalam mereka bentuk kek. Macam-macam rupa bentuk kek yang ada. Bentuk barangan, bentuk pakaian, bentuk peralatan dan sebagainya. Malah ada juga yang mereka bentuk kek seperti rokok dan kubur.

Kek rokok dan kubur ini telah direka oleh isteri kepada Mohd Faizal Kuriq. Menurutnya, tahun lepas isterinya memberi kek berbentuk rokok sahaja. Tetapi berbeza dengan tahun ini apabila isterinya memberikan kek berbentuk rokok dan kubur.

Walaupun sekadar kek mungkin itu teguran oleh sang isteri kepada suami yang merokok. Agak terkejut tetapi dalam masa yang sama membuatkan suami berasa geli hati.

Kisah yang dikongsikan kembali oleh facebook Viral Media Johor itu mendapat perhatian warganet dan mereka menganggap ianya sebagai nasihat untuk sang suami agar berhenti merokok. Dalam masa yang sama warganet turut meninggalkan komen yang positif dan agak kelakar.

Terlalu sayang, nasihat tak dengar…

Insaf betul ni…

Kalau dia faham n terima takpe…

Sumber: Mohd Faizal Kuriq

tags: |