Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Kuah Lada Kelapa Bakar, Persis Asam Pedas Tapi Lebih Sedap Dan Sangat Istimewa!

Resepi Kuah Lada Kelapa Bakar, Persis Asam Pedas Tapi Lebih Sedap Dan Sangat Istimewa!

Kategori:

Kuah lada kelapa bakar persis macam asam pedas tetapi rasanya tak sama. Rasanya sangat luat biasa dan sememangnya lagi sedap. Apa yang menyebabkan kuah lada kelapa bakar ini lebih sedap dan tampak istimewa adalah kelapa bakar. Dia punya aroma tu memang wangi dan membangkitkan selera. Sampai kat jiran-jiran sebelah boleh bau. Tapi kalau jiran bau, bagi la sikit ye. Hehe.

Resepi Kuah Lada Kelapa Bakar, Persis Seperti Asam Pedas Tapi Lebih Sedap Dan Beraroma Kelapa!

BAHAN-BAHAN:

Bahan-bahan Kisar :

  • Cili kering *
  • Halia *
  • Kunyit hidup *
  • Bawang merah *
  • Bawang putih *
  • 1 sudu besar jintan manis *
  • 1 sudu besar jintan putih *
  • 1 sudu besar lada hitam *
  • 1 sudu besar ketumbar *

Bahan-bahan Tumbuk :

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • 1 sudu besar halba ( digaul sahaja )
  • Kelapa bakar
  • Asam jawa
  • Air secukupnya
  • Daun limau purut( kalau takde pakai daun kesum )
  • Sayuran – tomato , terung @ kacang bendi
  • Garam & Aji secukup rasa

CARA PENYEDIAAN:

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk dahulu .
  2. Kemudian masukkan bahan kisar sampai naik bau.
  3. Masukkan kelapa bakar yang dah dihiris @ ditumbuk .
  4. Masukkan ikan, air asam jawa & air .
  5. Biar mendidih .
  6. Masukkan daun limau purut @ daun kesum .
  7. Masukkan terung, bendi @ tomato dan masukkan garam & aji secukup rasa.
  8. Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas-panas. 

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Durrani Damar Via MAHN

tags: |