Kencing kotor atau kencing tak lawas adalah akibat daripada jangkitan kuman di saluran kencing. Hal ini kebiasaannya sering dialami oleh golongan wanita kerana wanita memiliki saluran buang air kecil yang sangat pendek dan akan membuatkan mereka lebih mudah dijangkiti kuman.
Selain pergi ke klinik dan kerap minum air putih untuk membersihkan saluran air kecil bagi mengelakkan pembiakan bakteria, anda juga boleh amalkan air campuran barli ini dengan beberapa bahan lain. Selain merawat kencing kotor dan kencing tidak lawas, air campuran barli ini juga sedap dan menyejukkan anak tekak.
Bagi anda yang mempunyai masalah kencing kotor ini, bolehlah amalkan petua atau cara ini. Walaubagaimanapun kami tidak bertanggungjawab atas segala kemungkinan. Untuk lebih selamat anda boleh dapatkan nasihat pakar atau doktor terlebih dahulu.
SEMOGA BERMANFAAT!
Kredit: Azrina Len
Baca juga: Minum Setiap Pagi, Minuman Ini Mampu Kempiskan Perut Dan Tegangkan Kulit Anda! Ini Resepinya