Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tip Makanan & Dapur » Konfius Setiap Kali Nak Order ‘Kopi’? Jom Kenali 8 Jenis Kopi Ini Sebelum Order!

Konfius Setiap Kali Nak Order ‘Kopi’? Jom Kenali 8 Jenis Kopi Ini Sebelum Order!

Kategori:
jenis kopi

Pernah tak tiba-tiba anda rasa gementar bila di hadapan kaunter kafe seperti Starbucks gara-gara pening melihat menu yang dipaparkan? Lagi-lagi buat mereka yang pertama kali menjejakkan kaki di mana-mana kedai kopi.

Pasti tercengang melihat perkataan seperti Cappucino, Latte, Mocha, Americano dan lain-lain lagi yang sampai terbelit lidah nak sebut. Baru nak ‘acah’ minum secawan kopi, tapi alahai banyak pula jenis kopinya.

Jadi, sebelum anda ke kafe pilihan seperti Starbucks, jom kita baca 8 jenis kopi yang kebiasaanya menjadi pilihan ramai. Bila dah tahu jenis kopi tersebut, barulah confident bila nak order!

Konfius Setiap Kali Nak Order ‘Kopi’? Jom Kenali 8 Jenis Kopi Ini Sebelum Order!

1. Espresso

Espresso merupakan kopi pekat dan juga bahan ‘asas’ untuk membuat kopi yang lain seperti latte, mocha dan sebagainya. Dibuat khas dari alat tekanan untuk mendapatkan rasa kopi yang pahit dan rasa kopi yang sebenar.

Kebiasaannya, ia dihidangkan dalam kuantiti yang sedikit. Jadi, jangan pelik bila  anda dapat secawan kopi sekecil tapak tangan bila pesanan tiba. Rasanya amat pekat dan pahit, namun ia tidak menjadi masalah kepada mereka yang sudah menggemari espresso ini.

Tapi, anda boleh menambah gula untuk mengawal rasa pahit kopi Espresso. Haa, agak-agak berani tak nak cuba?

2. Mocha

Bagi peminat minuman coklat, anda boleh nikmati kopi yang dipanggil Mocha ini. Gabungan kopi dan coklat yang berasal dari Amerika, hasil inspirasi dari kopi Itali ‘Bicerin’.

Rasa kopi Mocha tidak sama di semua kafe kerana ia bergantung pada kuantiti kopi espresso dan sirap coklat. Minuman Mocha ini boleh dinikmati secara sejuk atau panas.

3. Cafe Latte

Cara membuat kopi Latte ini cukup mudah, hanya perlu campurkan 1 shot atau 2 shot kopi Espresso dan dicampur dengan susu yang dikukus (steamed milk). Latte berasal dari perkataan Perancis yang bermaksud susu. Sekiranya anda melancong ke Itali, pastikan menyebut Cafe Latte bukan Latte, kalau tak nanti anda hanya akan diberi segelas susu!

4. Cappuccino

Cappuccino hampir seakan sama dengan Latte namun cara penyediaannya sedikit berbeza. Cappuccino ditambah buih susu pada bahagian atas kopi. Mudah sahaja nak ingat Cappuccino ini, hanya perlu bayangkan Cafe Latte yang ada extra susu di atasnya.

Kopi Cappuccino sering menjadi pilihan ramai. Barangkali kerana ianya manis disebabkan oleh adanya campuran susu dan rasanya tidak terlalu pahit.

5. Americano

Jika anda selalu menonton drama Korea, pasti akan perasan bila ada babak di kafe mereka akan pesan kopi Americano. Bila dilihat, kopinya sama macam kopi biasa berwarna hitam gelap.

Jangan disangka kopi yang sama gelap, rasanya juga sama. Dari bahan asas yang sama iaitu kopi Espresso dan ditambah air panas. Americano mempunyai aroma kopi yang kuat walaupun rasa kafein yang rendah. Kebiasannya, ia disediakan dalam gelas atau cawan yang besar.

Kopi ini agak pahit dan ada orang suka tambahkan gula atau diminum begitu sahaja. Bergantung pada individu untuk nikmati kopi mereka.

6. Macchiato

Jika Cafe Latte, kopi akan dibancuh bersama susu. Berbeza dengan Macchiato, kopi akan ditambah ke dalam susu. Haa, nampak tak permainan dia kat situ. Sekarang, kopi Macchiato sudah diperkenalkan dengan pelbagai perisa tambahan seperti karamel, vanilla dan coklat.

7. Cold Brew

Kopi ini sedikit sedikit unik kerana diseduh tanpa menggunakan air panas. Cold brew hanya mengalami proses penyeduhan air sejuk dengan suhu bilik selama beberapa jam sehingga menghasilkan kopi dengan aroma dan sensasi rasa yang khas.

8. Affogato

Affogato dalam bahasa Itali bermaksud tenggelam. Ada yang memanggilnya sebagai pencuci mulut dan ada yang memanggilnya sebagai minuman. Affogato ini adalah gabungan aiskrim vanilla atau gelato yang dicurahkan dengan espresso panas. Sedap sangat nikmati pada waktu petang kerana ianya manis dan pada masa yang sama terasa pahit berlemak kopi itu.

Baca Juga: Bunyi Sama Tapi Sebenarnya Sangat Berbeza! Jangan Keliru! Kopi Cold Brew Itu Lain Dari Kopi Espresso!

tags: