Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Mihun Sup Daging Yang Super Sedap Dan Menyelerakan!

Cara Buat Mihun Sup Daging Yang Super Sedap Dan Menyelerakan!

Kategori:
Mihun Sup Daging

Mihun sup adalah antara hidangan yang nampak ringan tetapi agak berat dan boleh mengenyangkan. Dalam masa yang sama mihun sup ini juga amat mudah untuk disediakan. Kalau korang nak buat, boleh buat mihun sup daging sebab mihun sup daging ini lebih sedap dan sememangnya sedap. Apa yang membuatkan mihun sup daging sedap adalah rasa manis air daripada daging yang direbus itu.

Resepi Mihun Sup Daging Yang Mudah

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kilo daging(potong ikut suka)
  • 5 pcs bunga lawang
  • 1 pcs kulit kayu manis
  • 1 pcs asam keping(kalo kecik tambah 1/2 keping lagi)
  • 1 1/2 sudu besar garam
  • 1 sudu teh aji
  • 4 liter air
  • Daun sup+daun bawang+bawang goreng(hiasan)
  • 1/2 cawan minyak (untuk menumis)
  • Bahan kisar
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 1/2 inci halia
  • 2 sudu teh jintan manis
  • 2 sudu teh biji ketumbar
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 bungkus bunjut sup amik isinya sahaja
  • 1/2 cawan air
  • (kisar semua bahan ini)
  • Bahan lain
  • Daun sup dan
  • Daun bawang
  • Bawang goreng

CARA PENYEDIAAN:

  1. Didihkan air dan daging guna api sederhana
  2. sesambil tu kita siapkan bahan lain.
  3. Panaskan minyak..masukkan bahan kisar,bunga lawang,kulit kayu manis dan asam keping. Tumis hingga naik minyak dan elok garing. Tutup api
  4. Masukkan bahan tumis ke dalam periuk yang kita rebus daging tadi.
  5. Renehkan hingga daging lembut. Apabila daging dah lembut masukkan garam dan aji.
  6. Sesuaikan rasa dan siap untuk dihidangkan.

SAMBAL KICAP :

  • 30-35 pcs cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 kali renjis kicap masin
  • 5 kali renjis kicap manis
  • 1 sudu teh perahan limau kasturi(x nak letak pun x pa)
  • 1 senduk kecil kuah sup

Nota : 

  • Kisar semua bahan sambal kicap di atas.
  • Celurkan mihun dan siap.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit : Mariana Zainal

Baca juga : Resepi Mihun Sup Ayam Style Cina, Rahsia Masak Sup Tak Guna Sebarang Perencah Tapi Sedap Yang Amat!

tags: