Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Salad Yang Ringkas & Mudah. Cukup Lengkap Karbo, Serat & Protein

Resepi Salad Yang Ringkas & Mudah. Cukup Lengkap Karbo, Serat & Protein

Kategori:
Salad Yang Ringkas

Sebut je salad, pasti berkait dengan diet. Tapi sebenarnya, salad bukan hanya untuk orang yang sedang berdiet namun sesiapa sahaja disyorkan untuk makan kerana ia bukan sahaja enak malah mempunyai nilai nutrisi yang tinggi. Resepi salad yang ringkas dan sedap juga mudah untuk didapati sekarang, tiada alasan untuk tidak mengamalkan pemakanan yang sihat.

Selain itu, mungkin disebabkan kesibukan dalam kehidupan seharian menyebabkan kita tiada banyak masa untuk memasak. Jadi apa kata jom cuba buat salad ayam, jagung dan buah-buahan yang cukup lengkap dengan karbo, serat dan protein.

Resepi Salad Yang Ringkas & Mudah. Cukup Lengkap Karbo, Serat & Protein

Bahan-bahan:

  • Salad
  • Tomato ceri
  • Timun jepun
  • Buah-buahan (ikut suka buah apa)
  • Jagung (rebus Dan hiris)
  • Isi ayam yang diperap dengan rempah perapan pilihan, grill dan hiris

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan.
  2. Tuangkan Kewpie dressing roasted sesame, kemudian taburkan sedikit serbuk cili.
  3. Siap, selamat mencuba!

Kredit: Nor Khomariah Norrohman

 

Baca juga: Nak Cantik Dan Sihat Tak? Ini Dia 10 Jenis Resepi Salad Untuk Yang Nak Diet Dan Sihat

tags: |