Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Kaya Pandan Homemade, Kena Letak ‘Bahan’ Ini Baru Sedap! Jimat, Tak Perlu Beli Dah

Kaya Pandan Homemade, Kena Letak ‘Bahan’ Ini Baru Sedap! Jimat, Tak Perlu Beli Dah

Kategori:
Kaya Pandan Homemade

Rupanya tak susah mana pun kalau nak cuba buat sendiri kaya pandan homemade di rumah. Buat banyak-banyak simpan dalam peti ais. Bila nak makan dengan roti, tinggal ambil je dalam peti. Jimat, tak perlu beli kat luar dah. Lihat resepi lengkap di bawah.

Kaya Pandan Homemade, Kena Letak ‘Bahan’ Ini Baru Sedap! Jimat, Tak Perlu Beli Dah

Bahan-bahan:

  • 1 cawan air pandan (5 helai daun pandan diblend)
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan gula
  • 1 kotak santan 200g
  • 2 sudu susu pekat manis
  • 3 sudu tepung jagung
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam
  • Titiskan sikit pewarna hijau kalau nak

Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan dalam periuk kecil.
  2. Tenggekkan atas api dan kacau sampai dia berkilat.
  3. Siap untuk dimakan!
  4. Selamat mencuba.

Kredit: Fazelina Isa

Baca juga: Azlina Ina Dipuji Netizen Tak Lokek Kongsi Ilmu, Ini Dia Resepi Kek Pandan Gula Melaka ‘Viral’ Jualannya

tags: