Beberapa hari ini hangat dibicarakan berkenaan kegiatan penyeludupan masuk daging daging dari luar negara ke dalam negara ini yang dikatakan tidak halal dan penipu pengguna yang sudah hampir berpuluh tahun .
Susulan daripada pendededahan berterusan oleh beberapa media utama negara kita yang telah membongkarkan mengenai kegiatan tersebut. Hal itu sekaligus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat terutamanya masyarakat Islam di negara ini.
Memandangkan isu tersebut masih dalam proses siasatan, Ramly Food Processing Sdn Bhd (RFPSB) yang merupakan syarikat pengeluar makanan berasaskan daging turut mengeluarkan kenyataan media mengenai perkara berkenaan.
Menurut pengarah urusannya, Datuk Dr Ramly Mokni, produk Ramly disahkan halal tanpa penglibatan orang tengah.
“RFPSB adalah sebuah syarikat bumiputera Muslim yang dimiliki oleh sebuah keluarga dan kami amat menitikberatkan serta berhati-hati dalam isu ini sejak dahulu lagi,” katanya dalam satu kenyataan.
Pihak mereka turut mengesahkan hanya mengimport daging dan lain-lain bahan mentah terus daripada pengeluar dan telah dipantau secara berkala oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Mereka juga pada masa yagng sama menasihatkan semua pihak supaya tidak memberi sebarang ulasan dan pandangan mengenai isu daging seludup yang masih dalam siatan KPDNHEP.
Sumber: Sinar Harian