Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Sebak Dan Terharu! Remaja Lelaki Gigih Jual Burger Tepi Jalan Jadi Mangsa Kecurian Dapat Perhatian Ketua Polis Petaling Jaya

Sebak Dan Terharu! Remaja Lelaki Gigih Jual Burger Tepi Jalan Jadi Mangsa Kecurian Dapat Perhatian Ketua Polis Petaling Jaya

Kategori:

Sebak apabila seorang remaja lelaki yang berusia 14 tahun ini gigih bekerja menjual burger. Mungkin bukan daripada keluarga kaya raya kerana dia berusaha mencari duit poket sendiri.

Tetapi begitulah kehidupan, ada ujiannya yang tersendiri. Sudah ramai yang menjadi mangsa kecurian di luar sana, begitu juga dengan adik Muhammad Faisal Nor Faizal ini.

Di mana ada satu kejadian yang berlaku sekitar pukul 1 pagi baru-baru ini apabila remaja lelaki ini mendapati telefon bimbit berserta sejumlah wang hasil jualan serta barang-barang niaganya dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab semasa dia meninggalkan gerainya sebentar untuk ke tandas.

Kes kecurian tersebut sampai ke pengetahuan Ketua Polis Daerah Petalig Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal. Lalu atas dasar kemanusian dan ihsan, ACP Nik Ezanee bersama pasukannya telah mengunjungi kedai burger adik Faisal dan memberi sumbangan berupa sebuah telefon bimbit baharu kepada remaja ini.

Pemberian tersebut adalah sebagai semangat kepada remaja ini agar terus bersemangat dan cekal dalam menghadapi cabaran di dalam kehidupan.

One Good Deed A Day…

pihak polis bantu remaja

Buat adik Faisal semoga berjaya dalam hidup dan sentiasa dimurahkan rezeki dan setinggi-tinggi terima kasih diucapkan buat ACP Nik Ezanee serta pihak IPD Petaling Jaya atas sumbangan tersebut.

Sumber : Polis Daerah Petaling Jaya 

 

tags: