Pickle merupakan timun batang yang dijeruk di dalam air cuka untuk beberapa ketika. Ramai yang menyukai pickle ini sebenarnya. Mungkin kerana rasanya yang masam-masam. Terdapat pelbagai jenis Pickle yang dijual di pasaran. Tetapi kesedapannya bergantung kepada jenamanya. Kalau pandai cari memang akan jumpa yang sedap. Tapi kalau nak lebih mudah buat sendiri je. Sedap tau, kalau habis boleh menangis.
Cara Buat Pickle Ala McDonalds Yang ‘Viral’ Teruk! Sampai Boleh Menangis Kalau Habis Ni!
BAHAN-BAHAN:
- Timun batang | Jepun atau Zuchini
- Gula | Guna organic cane sugar pun ok
- Cuka
- Air panas mendidih
- Bekas kaca
CARA PENYEDIAAN:
- Potong timun memanjang. Potong 4 atau 2 ikut selera masing. Kalau timun saiz kecil tak payah potong just potong untuk muat botol sahaja. Tapi jangan potong nipis pula pasal kita rendam lama bukan nak buat jelatah.
- Kemudian susunkan dalam bekas kaca.
- Bancurkan air panas dengan cuka dan gula. Agak-agak masam dan manisnya. Kemudian tuangkan dalam bekas kaca tu. Boleh ditambah bawang putih atau daun thyme jika nak.
- Apabila dah sejuk boleh tutup botol tadi dan simpan dalam peti ais.
- Selepas 2 minggu baru boleh makan. Lagi lama lagi best.
Nota:
- Bila nak letak dalam burger baru hiris.
- Seeloknya jangan guna bekas plastik sebab kita guna air panas dan kita nak rendam lama. Jadi tak nak nanti ada reaksi kimia dari bekas plastik tu.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: WeekendBaker Via MAHN
Baca Juga: Ini Dia Resepi Chicken Wings Ala Pizza Hut Yang Lebih Sedap Dan Puas, Favorite Anak-Anak Ni!