Zaman serba moden. Macam-macam peralatan canggih yang wujud bagi memudahkan urusan manusia serta mempercantikkan lagi suasana dapur. Yang menjadi trend zaman sekarang adalah dapur kaca. Tetapi sejak kebelakangan ini kejadian dapur kaca pecah dengan tiba-tiba sering berlaku.
Hampir setiap minggu ada sahaja yang memuat naik ke laman facebook berkenaan dengan dapur kaca mereka yang tiba-tiba meletup. Habis berterabur kaca. Inilah antara kejadian yang paling ditakuti bila menggunakan dapur jenis kaca.
Betul ke dapur kaca ini tak sesuai digunakan sebab tak tahan lama dan merbahaya? Sebenarnya dapur kaca ini masih selamat digunakan sekiranya anda mengetahui cara atau tips penggunaan dapur kaca agar ianya kekal selamat. Jom kita ikuti tips penting perkongsian Aina W.Husian ini.
Tips Penting Yang Perlu Anda Tahu Bagi Mengelakkan Dapur Kaca Tiba-Tiba Pecah!
- Jangan lap stove anda semasa atau selepas memasak dengan kain/tisu basah. Kalau ada tertumpah, sila guna kain/tisu kering dulu. Tunggu sejukkk lamaaa baru boleh spray dengan Mr Muscle dan lap bersih-bersih.
- Jangan memasak overload. Dapur kaca lebih kepada nilai estetika dapur atau bahasa mudah dia, untuk cantikkan dan nampakkan dapur yang elegan,haa gittewww. Uols nak masak sup untuk family besarrr jangan angkut atas dapur ni. Sila guna dapur kayu atau dapur gas mudah alih biasa tu yer. Dia tak tahan berat-berat. Manjeww!
- Dah siap masak, sila angkat kuali atau periuk letak atas counter bar atau sisi stove. Jangan biar atas tungku dapur tu. Beban berat akan bagi tekanan kat dapur kaca, nanti dia stress@ depress dan pecah. Hati-hati,dapur pun kemurungan kalau uols bagi tekanan tau.
- Hadkan penggunaan glass stove atau dapur kaca anda hingga 2 jam saja. Nak rebus ketupat/nasi impit raya ni sila guna dapur mudah alih yerrr.
- Jangan gunakan suhu maksimum.
- Buka ruangan bawah dapur untuk aliran udara yang baik, so takdela suhu panas meruap dan meningkatkan risiko dapur kaca pecah.
- Kalau ada nampak dapur tu retak seribu atau seratus, sila stop guna dan boleh roger kedai barang letrik berdekatan untuk ganti baru.
- Jenama mungkin main peranan jugak. Tapi kalau beli jenama mahal pun TAPI tak ikut tips penjagaan yang betul, dapur kaca tak tahan lama jugak. Hasil duk baca pengalaman kawan-kawan, antara jenama dorang guna yang dapat bertahan lama sampai 5 tahun, 10 tahun, 11 tahun adalah Butterfly, Rubine, Elba. Kalau ada jenama lain lagi uols boleh drop komen ye.
Nota:
- Ada orang kata tips ni mitos semata. Tapi pada sis,bila kita dah ambil langkah keselamatan dan ada usaha, insyaAllah tak ada yang sia-sia. Ada usaha,ada hasilnya. Sis suka glass stove atau dapur kaca sebab dapur akan nampak kemas, stabil dan mudah nak cuci.
- Kalau sis cuci dapur kaca ni, sis akan letak sabun zip dekat tungku tu tengah malam dan cuci pagi esoknya. Make sure sebelum letak sabun tu, dapur anda dah sejuk 2 hingga 3 jam yer.
SEMOGA BERMANFAAT!
Kredit: Aina W.Husian